Saturday, January 29, 2011

Nota Ulangkaji Bab 2 Tingkatan 3


REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

Dalam bahagian ini, para pelajar dikehendaki memahami aspek-aspek berikut:
1.    Sikap atau tindakbalas penduduk Tanah Melayu terhadap cadangan penubuhan Gagasan Malayan Union.
2.    Menyenarai dan menyatakan faktor-faktor atau sebab-sebab penentangan terhadap gagasan tersebut khususnya dalam kalangan orang Melayu.
3.    Mengenalpasti beberapa pihak yang menerima cadangan penubunan Malayan Union dan mengapakah mereka menerimanya.
4.  Menganalisis bentuk-bentuk penentangan yang dilakukan serta mengkaji keberkesanannya.

Pendahuluan:
1.    Pelbagai reaksi; ada menyokong dan ada menentang.
2.    Kebanyakan orang Melayu menentang.

Faktor Penentangan:
1.    Penghapusan kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
a.    Raja kehilangan takhta dan kewibawaan sebagai ketua orang Melayu.
b.    Pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa Gebenor.
c.     Hanya menjadi ahli Majlis Melayu, tetapi tiada kuasa.

2.    Penghakisan tamadun bangsa Melayu.
a.    Tamadun yang terbina seperti Kesultanan Melayu (siatem beraja), Bahasa Melayu dan tulisan jawi akan terhakis.
b.    Ketuanan Melayu tercabar dan akan kehilangan tanah air.

3.    Kerakyatan yang terlalu liberal
a.    Peruntukan kewargannegaraan Jus Soli akan mengancam status quo orang Melayu.
b.    Jumlah golongan imigran akan melebihi jumlah orang Melayu.

4.    Membantah tindakan Sir MacMicheal mengugut dan menekan Raja-raja Melayu.
a.    Orang Melayu tidak menerima cara MacMicheal bertindak memaksa dan mengugut Raja-raja Melayu akan diturunkan dari takhta jika tidak menerima Malayan Union.
b.    Raja-raja juga tidak diberi masa berfikir dan berbincang dengan Majlis Mesyuarat Negeri berkaitan Malayan Union.

Tokoh-Tokoh Menentang
1.    Tokoh Tempatan
a.    Dato’ Onn bin Jaafar
b.    Dato’ Panglima Bukit Gantang
c.     Cikgu Zahara Abdullah
d.    Halimahton Majid
e.    Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid

2.    Pegawai Tinggi British
a.    Sir Malcom Macdonald
b.    Sir Edward Gent
c.     L.D. Gammans

3.    Bekas Pegawai British Yang Pernah Bertugas di Tanah Melayu
a.    Sir Frank Swettenham
b.    Sir R.O. Winstedt
c.     Sir George Maxwell
d.    Sir Cecil Clementi Smith

Golongan Menyokong Malayan Union
1.    PKM (Parti Komunis Malaya)
2.    MDU (Malayan Demokratik Union)
3.    AMCJA (All Malayan Council of Joint Action)
4.    PKMM (Pari Kebangsaan Melayu Malaya)
5.    API (Angkatan Pemuda Insaf)
6.    AWAS (Angkatan Wanita Sedar)
7.    BATAS (Barisan  Tani Malaya)
8.    Golongan Imigran

Faktor Menyokong
1.    Mu menyatukan sistem pentadbiran di Tanah Melayu.
2.    MU melahirkan satu pentadbiran baru yang tidak berasaskann kuasa raja dan pembesar Melayu.
3.    Menyokong kerakyatan terbuka.
4.    Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu.
5.    Percaya dengan janji British akan memberikan keemerdekaan Tanah Melayu.

Tiga (3) Bentuk Penentangan

1.    Penentangan secara individu
a.    Pemimpin Melayu menyeru perpaduan
·         Dato’ Onn seru dalam Utusan Melayu penubuhan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (UMO) benteng menentang MU.

b.    Bantahan Raja-raja Melayu
·         Bantahan orang Melayu memberi kesedaran kepada raja-raja Melayu yang mereka perlu berganding bahu untuk menentang MU.
·         Sultan Johor telah menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan.

c.    Penentang orang Melayu yang mendapat sokongan bekas pegawai-pegawai British
·         Menentang cadangan Mu secara terbuka dalam akhbar The Times di London.

2.    Penentangan melalui akhbar
a.    Majlis
·         Menyeru orang Melayu supaya menentang rancangaan MU

b.    Utusan Melayu
·         Seru sultan memikirkan akibat jika Mu tidak ditentang

c.     Warta Negara
·         Seru orang Melayu menentang Malayan Union.


3.    Penentangan secara kolektif
·         Penentangan secara kolektif lebih berkesan.
·         Perpaduan menunjukkan kekuatan suara yang menolak Malayan union.

1.    Demonstrasi secara aman
·         Membantah cara macMicheal dapatkan tandatangan sultan.
·         Membantah Malayan Union menghapuskan kedaulatan negeri Melayu.
·         Membantah penghapusan kedudukan orang Melayu sebagai anak negari.
·         Demonstrasi di Kota Bahru (10,000 orang), Kelantan, Alor Star (50,000 orang) dan Johor Bahru.

2.    Penubuhan persatuan-persatuan Melayu.
·         Sebagai alat menentang Malayan Union secara berorganisasi.
·         Antaranya ialah: Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.
·         Hantar telegram dan surat bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London
·         Menolak secara sama sekali penubuhan Malayan Union

3.    Mengadakan Kongres Melayu
a.    Kongres Pertama (1-4 Mac 1946)
o    41 buah persatuan terlibat
o    Tubuhkan UMNO / PEKEMBAR
o    Sultan Hishamuddin Alam Shah menderma $500.00
o    Penglibatan ribuan orang Melayu, termasuk kanak-kanak di padang Kelab Sultan Sulaiman.
o    Sepanduk dan ucapan, antaranya wakil kanak-kanak “wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami  besar’ [menjadi pendorong pemimpin dan ahli-ahli kongres untuk bersatu berjuang menentang Malayan Union]

b.    Mengadakan Kongres Kedua (30-31 Mac 1946)
o    Membantah perisytiharan Malayan Union pada 1.4.1946.
o    9 wakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu hadir.
o    3 perkara dipersetujui
i.      Meminta Raja-raja Melayu memulau perlantikan Sir Edward Gent sebagai gabenor Malayan Union.
ii.     Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai Majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan / boikot perlantikan.
iii.    Meminta orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilit kait putih pada songkok.

4.    Mengadakan rapat umum
·         Rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees William pada bulan Mei 1946 bagi tunjukan bantahan.
·         Peserta rapat umum membawa sepanduk-sepanduk mengutuk MU dan Sir Harold MacMicheal.
·         Seorang tokoh ulama turut memberikan ucapan dalam perhimpunan menentang Malayan Union di Kuala Kangsar.

5.    Penentangan kaum wanita
·         Cikgu Zahara Abdullah (Batu Pahat)
·         Halimahton Majid (Rembau) – perhimpunan kaum ibu
·         Datin Puteh Mariah (Wanita Perikatan Melayu Perak), beliau merupakan Setiausaha Kaum Ibu UMNO pertama.
·         Penubuhan Persatuan kaum Ibu Selangor, ditubuh khas untuk menentang Malayan Union.

KESIMPULAN:

Perjuangan mementang Malayan Union melambangkan kekentalan semangat juang dan penyatuan orang Melayu.  Semangat ini perlu menjadi pegangan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa dan negara.

3 comments:

  1. Haha tinggal bku teks kat skolah.. mmm.. Kenapa ada lagu plak dlm nota ni? Hehe just asking babe

    ReplyDelete
  2. apa hak kanak2 yang berucap tu. ??

    ReplyDelete
  3. apa hak kanak2 yang berucap tu. ??

    ReplyDelete