Sila jawab semua soalan berikut: Print atau tulis semula dalam buku latihan anda.
Friday, January 7, 2011
Latihan 2 Kelas 3 Annur & 3 Anggerik : mohon hantar pada @ sebelum 12.1.2011
Latihan 2 : bab1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Sila jawab semua soalan berikut: Print atau tulis semula dalam buku latihan anda.
Sila jawab semua soalan berikut: Print atau tulis semula dalam buku latihan anda.
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan iaitu A, B, C atau D. Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.
1. Bilakah kedaulatan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis bermula? (AT)
A Semasa pemerintahan Syogun Tokogawa
B Semasa pemerintahan Maharaja Meiji
C Semasa pemerintahan Samurai
D Semasaa pemerintahan tentera
2. Negara manakah diambil oleh Jepun sebagai odel untuk memajukan negara? (AR)
A Negara-negara komunis
B Negara-negara Timur Tengah
C Negara-negara Amerika Latin
D Negara-negara Barat
Soalan 3 berdasarkan pernyataan di bawah.
Kemenangan Jepun terhadap Rusia
dalam perang Rusia-Jepun pada tahun
1905.
3. Apakah kesan kemenangan tersebut terhadap Jepun? (AS)
A Jepun disanjung dan disegani
B Jepun digeruni oleh Negara-negara Barat
C Jepun menjadi kuasa terkenal dunia
D Jepun dianggap sebagai kuasa besar
4. Perluasan kuasa Jepun didorong oleh beberapa factor terutamanya factor ekonomi. Apakah factor ekonomi tersebut? (AS)
I Memerlukan bekalan bahan mentah
II Memerlukan modal
III Memerlukan pelaburan dari luar
IV Memerlukan kawasan pertanian baru
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
5. Terdapat beberapa faktor perluasan kuasa Jepun di Asia Tenggara.
Apakah faktor dalaman yang membawa kepada perluasan kuasa tersebut? (AS)
I Jepun menghadapi masalah ekonomi yang terdesak
II Pemerintahan Negara Jepun dipengaruhi oleh golongan tentera
III Jepun menghadapi masalah hubungan dengan Negara-negara barat
IV Jepun menghadapi tekanan daripada Negara Rusia dan China
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
6. Apakah factor yang mendorong Jepun melancarkan serangan dan penaklukkan ke atas Negara-negara di Asia Tenggara semasa perang Dunia Kedua? (AS)
A Untuk menyebarkan kebudayaan Jepun
B Untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
C Untuk membebaskan Asia Tengara daripada cengkaman penjajah
D Untuk menguji kekuatan tentera Jepun
Soalan 7 berdasarkan jadual berikut.
1932 – Menakluki Mancuria
1937 – Menakluki China
1941 – Menyerang Indochina
7. Apakah lengkah-langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat akibat tindakan Jepun tersebut? (AR)
A Mengebom Bandar raya Nagasaki dan Hiroshima
B Mengepung Pelabuhan di Jepun
C Mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun
D Mengisytiharkan Perang Pasifik
Soalan 8 berdasarkan jadual berikut
· Kekurangan kawasan pertanian
· Kekurangan bahan mentah
8. Maklumat di atas adalah dua masalah yang dihadapi oleh Jepun pada abad ke-20
Apakah faktor yang menyebabkan kedua-dua masalah tersebut timbul? (AT)
A Kejayaan proses pemodenan Jepun
B Kejayaan perluasan kuasa Jepun
C Meletusnya Perang Pasifik
D Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat
Soalan 9 berdasarkan jadual di bawah.
· Asia untuk orantg Asia
· Semangat Asia
9. Apakah strategi Jepun menyebaarkan propaganda di atas? (AT)
A Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara
B Menyemarakkan semangat kebangsaan Jepun
C Memajukan ekonomi di Asia Tenggara
D Mendapat sokongan rakyat tempatan
10. Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Singgora dan Pattani dalam masa yang singkat iaitu kurang tujuh puluh hari, tentera Jepun Berjaya menawan Tanah Melayu. (AR)
I Mempunyai anggota tentera yan gberani dan berdisplin
II Memperoleh maklumat perisikan yang lengkap
III Mendapat sokongan penduduk tempatan
IV British kekurangan tentera
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
11. Apakah factor yang menyebabkan kapal perang British “Repulse” dan “Prince of Wales” Berjaya ditenggelamkan oleh Jepun? (AR)
A Kelengkapan kapal tersebut telah usang
B Diserang oleh tentera berani mati Jepun
C Terkena periuk api Jepun
D Diserang kapal selam Jepun
Beliau bersama-sama anggotanya dalam
Rejimen Askar Melayu telah gugur
Mempertahankan Negara di Bukit Gap
Singapura
12. Siapakah yang dimaksudkan di atas? (AR)
A Leftenan Ali
B Leftenan Adnan
C Leftenan Awang
D Leftenan Ahmad Adli
13. Mengapakah Jepun menggunakan basikal dalam serangan mereka ke atas Tanah Melayu? (AT)
A Harga basikal murah dan mudah diperoleh
B Mudah melalui jalan sempit dan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari
C Basikal menjadi kesukaan tentera Jepun keran mudah dikendalikan
D Boleh membawa banyak peralatan dan senjata
Pada 15.2.1942, Leftenan Jeneral
A.E Percival terpaksa menyerah diri
Kepada Leftenan Jeneral Yamashita
Tomoyuki di Singapura
14. Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa tersebut? (AT)
A Jangan mudah terpengaruh dengan propaganda musuh
B Kita hendaklah mengharapkan kuasa asing mempertahankan Negara kita
C Kita mesti berjuang bermati-matian bersama penjajah untuk mempertahankan tanah air
D Kita tidak akan mengharapkan kuasa asing mempertahankan tanah air kita sendiri
Soalan Tamat – Selamat Menjawab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cikgu 3 anggerik buat jugak ke.......
ReplyDeleteanda telah buatkan?
ReplyDelete