Friday, February 25, 2011

Senarai Semak Perlaksanaan Kerja Kursus Sejarah


SENARAI SEMAK PERLAKSANAAN KERJA KURSUS SEJARAH
(boleh diubahsuaikan sebagaimana yang telah cikgu maklumkan)
[untuk dapatkan 'borang di bawah sila download ]

Elemen 1       Mengumpul fakta sejarah

Bil.
Perkara
Tarikh
Catatan
1
Menerima taklimat kerja kursus daripada guru sejarah.
Februari

2
Mendapatkan bimbingan guru dan memilih tajuk kajian.
Februari

3
Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.
Februari

4
Menyediakan halaman hadapan Elemen 1.
Mac

5
Mendokumentasikan fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai sumber.
Mac

6
Menghantar fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai sumber untuk semakan guru penilai.
Mac

7
Memperbaiki fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai sumber bagi memperoleh markah terbaik.
Mac

8
Menghantar semula fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai sumber kepada guru penilai untuk disemak dan diberi markah.
Mac


Elemen 2       Merekod fakta sejarah

Bil.
Perkara
Tarikh
Catatan
1
Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis laporan dapatan kajian mengikut format yang ditetapkan.
April

2
Mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah.
April

3
Menyediakan halaman hadapan Elemen 2.
April

4
Menulis laporan kajian mengikut format yang ditetapkan:
-  Tajuk kajian
-  Senarai kandungan
-  Penghargaan
-  Objektif kajian
-  Kaedah kajian
-  Hasil kajian
-  Rumusan
-  Lampiran
-  Rujukan
April Jun

5
Menghantar laporan kajian untuk semakan guru penilai
Mei - Jun

6
Memperbaiki hasil laporan kajian bagi memperoleh markah terbaik.
Mei Jun

7
Menghantar semula hasil laporan kajiaan kepada guru penilai untuk disemak dan diberi markah serta tahap pencapaian
Mei - Jun

Elemen 3       Penerapan unsur patriotisme

Bil.
Perkara
Tarikh
Catatan
1
Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis esei mengikut format yang ditetapkan.
Feb. Julai

2
Menulis esei mengikut format yang ditetapkan
Feb – Julai

3
Menyediakan halaman hadapan Elemen 3
Feb. Julai

4
Menghantar esei untuk semakan guru penilai


5
Memperbaiki esei bagi memperoleh markah terbaik
Feb – Julai

6
Menghantar semula esei kepada guru penilai untuk disemak dan diberi markah.
Feb. Julai


Pendokumentasian Hasil Kerja Kursus

Bil.
Perkara
Tarikh
Catatan
1
Menyediakan halaman hadapan kerja kursus.
Jun Julai

2
Menggabungkan hasil kerja Elemen 1, Elemen 2, dan  Elemen 3 untuk dihantar kepada guru penilai
Jun – Julai

3
Menghantar hasil kerja kursus kepada guru penilai untuk mendapat jumlah markah, kod dan tahap pencapaian.
Jun Julai



SELAMAT MELAKSANAKAN TUGASAN

Wednesday, February 23, 2011

Latihan 1 Bab 3 Tingkatan 2 - 2 Annur

Sila hantar latihan ini pada hari Jumaat 25.2.2011 - untuk dapatkan bahan sila muat turun.

3 ANNUR dan 3 ANGGERIK - TINDAKAN

Besok (24.2.2011 - Khamis), cikgu tiada di sekolah,  mohon bawa nota dan latihan bab 3 yang telah saya uploadkan.  Bincangkan topik tersebut, dan buatkan latihan yang telah diberikan.  Minggu depan cikgu akan memberikan ulasan terhadap topik untuk pengukuhan.  Lihat video berikut.

B3T3:  PKM dan DARURAT 1 [Ideologi Komunis dan Aktivti Darurat]

Monday, February 21, 2011

Tip Menjadikan Amalan Membaca Budaya Kita

Berdasarkan ucaputama dan majlis perasmian 'NILAM' peringkat SMK Felda Besout, pada 21.2.2011 (Isnin), oleh Pengetua, Pn Hjh. Siti Mariam Binti Joned;

1.    Tentukan masa 'WAJIB' membaca - contohnya waktu sarapan.
2.    Sentiasa membawa buku dan bahan bacaan - selain daripada buku teks sekolah, dibaca sewaktu menunggu bas sebagai  contoh.
3.    Tentukan sasaran ; berapa banyak buku dan berapa banyak masa yang diperuntukan untuk membaca, seminggu, sebulan atau setahun.
4.    Catatkan pembacaan dalam buku 'log' pembacaan, kita tahu jumlah dan juga jenis-jenis buku yang telah dibaca.
5.    Simpan senarai buku yang hendak atau ingin dibaca.
6.    Peruntukan waktu untuk ke perpustakaan sekolah, desa atau bergerak.
7.    Wujudkan 'sudut bacaan' di rumah.  Tidak perlu banyak buku tetapi yang penting ada bahan, jadi mudah kita capai.

Kata bijak pandai 'orang yang banyak membaca, banyaklah  ilmunya'.

Sunday, February 20, 2011

Nota Bab 3 Ting 2 : Negeri Melayu Utara & Johor

2 Annur, baca tajuk di atas untuk pembelajaran pada minggu ini, untuk mendapatkan nota sila download.

Latihan Pra P&P Bab 3 : PKM dan Darurat

Nota bab3, telah cikgu berikan, dan buat latihan sebelum Pembelajaran pada minggu depan sila download

Saturday, February 19, 2011

Nota Bab 3 Tingkatan 3 : PKM dan Darurat

Tingkatan 3 Anggerik & 3 Annur, sila buat persediaan tajuk PKM untuk minggu hadapan.  Untuk dapatkan bahan bacaan tambahan sila download di sini.

Thursday, February 17, 2011

Latihan SOLAR 2 JPNPK Bab 2 Ting 3

Latihan ulangkaji bab 2 : 3 Annur dan 3 Anggerik: Untuk menjawab sila klik muat turun.
Hantarkan tugasan anda pada 19.2.2010 (Sabtu)

Wednesday, February 16, 2011

Tuesday, February 15, 2011

Kerja Kursus Sejarah - Contoh 2008

Untuk melihat contoh penulisan kerja kursus sejarah (format .ppt) anda boleh muat turun, sila  klik di sini

Video Ulangkaji 3 : Ting 2 Bab 2 - Campur Tangan British

Tajuk Video:  Campur Tangan British di Negeri Perak

Thursday, February 10, 2011

Wednesday, February 9, 2011

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2011

Guru-guru SMK Felda Besout, untuk dapatkan manual tersebut sila muat turun:  Manual PBS

Saturday, February 5, 2011

Nota Pembelajaran & latihan Bab 2 Tingkatan 2

SISTEM RESIDEN DAN PERSEKUTUAN (NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU)

Objektif Pembelajaran
·         Tindakan-tindakan Residen yang dianggap menggugat kuasa Sultan dan pembesar.
·         Faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896.
·         Kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896.

Sistem Residen
1.    Sistem residen diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu pada kurun ke-19.
2.    Negeri-negeri yang terlibat ialah:
Negeri
Residen
Perak
J.W.W. Birch
Selangor
J.G. Davidson
Negeri Sembilan
Martin Lister
Pahang
J.P. Rodger
3.    Di bawah Sistem Residen, negeri-negeri ini berstatus negeri naungan British.
4.    Sultan dan pembesar  Melayu telah kehilangan kuasa kerana:
a.    Sultan mesti mematuhi dan melaksanakan nasihat Residen, kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
b.    Residen berkuasa melaksanakan semua urusan pentadbiran negeri.
c.     Hak dan kuasa pungut cukai diambil alih oleh pemungut Hasil dan majistret.
d.    Residen mencabuli adat dengan menghapuskan sistem perhambaan.
e.    Sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu dirombak bagi mengukuhkan kedudukan British.

Pembentukan Neger-Negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan 1896)

1.    Sistem Residen mempunyai beberapa kelemahan
a.    Tiada garis panduan perlaksanaan tugas yang jelas
b.    Residen bertindak sebagai pemerintah dan menjadi terlalu berkuasa
c.     Gabenor Negeri-negeri Selat gagal mengawal tindakan Residen
d.    Pentadbiran setiap negeri tidak seragam dan mempunyai undang-undang sendiri.
2.    Bagi mengatasi semua permasalahan tersebut, Perjanjian Persekutuan 1896 telah ditandatangani pada  1 Julai 1986 bagi membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
3.    Antara faktor lain pembentukan Persekutuan ialah:
Faktor
Huraian
1
Masalah kewangan di Pahang
British membiayai kos tinggi bagi menghadapi kebangkitan pejuang rakyat Pahang
2
Perkongsian kepakaran
Menjimatkan kos tenaga pakar seperti doctor, jurutera dan juruukur.
3
Sistem perhubungan
Pembangunan jalan raya dan jalan kereta api antara negeri dapat diselaraskan
4
Pertahanan dan keselamatan
Kekuatan tentera dapat dikongsi untuk menjamin keselamatan serta mematahkan pemberontakan di setiap negeri.

4.    Ciri-ciri Persekutuan 1986.
a
Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran
b
Menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
c
Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham
d
Residen Jeneral tertakluk kepada kuasa Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura

Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
1.    Kuasa pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral.
2.    Residen Jeneral juga berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
3.    Beberapa jabatan baru ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British.
1
Jabatan Kehakiman
2
Jabatan Kewangan
3
Jabatan Perhubungan
4
Jabatan Perkhidmatan Awam
5.    Peranan orang Melayu dalam pentadbiran amat terhad.
6.    bagi menghilangkan perasaan tidak puas hari Raja-raja Melayu, British menubuhkan Durbar ( Persidangan Raja-raja Melayu).
7.    Durbar berfungi dalam perkara-perkara berkaitan adat istiadat Melayu, agama Islam  dan  kebajikan orang Melayu.
8.    Dua persidangan Durbar
a.    Durbar pertama pada 1897 di Kuala Kangsar
b.    Durbar kedua pada 1903 di Kuala Lumpur
9.    Pada Durbar kedua Sultan Idris (perak), telah membangkitkan isu-isu berikut:
1
Mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu
2
Menambah pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam
3
Melantik pegawai Melayu ke jawatan lebih tinggi
4
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
10.  Pada tahun 1909 British memansuhkan Durbar dan digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan.
11.  Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.
12.  Kerajaan British telah mengambalikan kuasa kepada Majlis Mesyuarat Persekutuan.

LATIHAN

1.    Sultan Abdullah marah terhadap Residen J.W.W Brich di Perak kerana dianggap mencampuri adat Melayu.  Apakah tindakan Residen yang dianggap melanggar adat tersebut?
A    Mencampuri urusan pentadbiran agama Islam
B    Menghapus amalan perhambaan
C    Menghapuskan pemajakan kawasan perlombongan
D    Memperkenalkan sistem perundangan Barat

2.    Mengapakah Residen British kerapkali bertindak melampaui bidang tugasnya di negerinegeri Melayu?
A    Residen tidak mempunyai garis panduan untuk laksanakan tugas
B    Residen sentiasa menerim ancaman daripada pembesar tempatan
C    Residen ingin mengaut kekayaan demi kepentingan peribadi
D    Residen menganggap dirinya terlalu berkuasa berbanding Sultan

 
Tahun               :           1898
Peristiwa          :           Durbar pertama
Tempat             :           Kuala Kangsar

3.    Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah pihak British menubuhkan Durbar?
A    Untuk memberikan peluang pada pembesar tempatan berbincang dengan pihak British
B    Untuk mengurangkan kuasa pentadbiran di tangan Residen
C    Untuk member peluang raja-raja Melayu berbincang dengan wakil British
D    Untuk menyeragamkan pembangunan di negeri-negeri Melayu

Faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
·         Residen terlalu berkuasa
·         Krisis kewangan Pahang
·         X

4.    Faktor ‘X’ dalam rajah di atas merujuk kepada
A    pentadbiran tidak seragam
B    perang merebut kuasa
C    pemusatan kuasa sultan
D    desakan pelabur Eropah

1896
Negeri-negeri Melayu Bersekutu

5.    Kesan daripada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di atas ialah
A    kuasa Residen dikurangkan
B    kuasa Raja-raja Melayu dipulihkan
C    kemasukan pelabur dari Eropah diselaraskan
D    kemasukan imigran menjadi semakin terancang

TAMAT