Tuesday, March 29, 2011

Kepada semua calon PMR : Kerja Kursus Sejarah

Assalamualaikum wbt.  maaf cikgu tidak dapat memberikan maklum balas segera kepada semua pertanyaan berkaitan kerja kursus.  Cuma dapat cikgu nasihatkan, jangat difikirkan 'SUSAH', maka susahlah jadinya.  Calon-calon kena gandakan sedikit usaha, laksanakan secara berkumpulan. Lihat semula semua saranan dan panduan yang telah cikgu berikan dalam blog.

a) Lawatan ke tempat kajian - jika dapat membuat laporan terpeinci lebih baik, jika tidakpun cukup sekadar membuat catatan apa yang dilihat, carta, fakta dan sebagainya.  Ambil gambar anda di tempat kajian sebagai bukti.  Jika guru anda perlukan cop hidup institusi tersebut, cikgu nasihatkan calon dapatkan surat daripada pihak sekolah,  cuma minta pegawai institusi berkenaan menurunkan cop jabatannya sahaja.

b) Pada yang membuat tajuk Felda , selain Laman Web Felda, rujuk juga, beberapa siri akhbar UM contohnya keluaran Khas Aspirasi Glokal,  ICT Jelas, Buku NAJIB - rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan , Creatif learning Mind, 2009, Buletin felda dan sebagainya.  Kunjungi pihak yang berkaitan untuk mendapatkan sumber.

c) Objektif kajian - iaitu tujuan, sebab, kepentingan atau apa yang akan diperolehi melalui kajian tersebut kepada diri sendiri, masyarakat, negara, generasi akan datang dan sebagainya.  Rujuk contoh kajian yang telah cikgu uploadkan.

d) Contoh esei - rujuk bahan pada 20.3.2011

e) Apa institusi yang anda kaji, aspek kajian adalah serupa. (lihat panduan pada 15.3.2011)
           -Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain, Lokasi
- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
- Carta organisasi dan senarai pentadbir
- Latarbelakang institusi
- Peranan
- Perkembangan
     
Semoga panduan ringkas ini dapat membantu.  Selalulah bertanya guru anda.


Tuesday, March 22, 2011

Modul Latihan Sejarah PMR

Kepada semua calon PMR, di sini cikgu muat turunkan modul gemilang sejarah mengikut tingkatan dan bab.  Modul ini dapat dijadikan bahan latih tubi kendiri.  Modul ini adalah himpunan daripada modul-modul Learning To Score (LTS) Jabatan Pelajaran Perak.
1.  Modul Gemilang Sejarah Tingkatan Satu
2.  Modul Gemilang Sejarah Tingkatan Dua
3.  Modul Gemilang Sejarah Tingkatan Tiga

Sunday, March 20, 2011

Panduan Menulis Esei Kerja Kursus Sejarah


PANDUAN PENULISAN ESEI KERJA KURSUS SEJARAH
[Untuk dapat kan panduan sila muat turun]

Tajuk                     :     Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Kunci Kata              :     a.         Institusi pentadbiran tempatan (institusi yang anda kaji - Pihak Berkuasa Tempatan, Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah dan Pentadbiran Komuniti Setempat)
                                    b.         Memperkukuhkan integrasi nasional

Integrasi                :     Penggabungan atau pergabungan dua beberapa kaum menjadi satu kesatuan.
Integrasi Nasional  :     Pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk agar mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, bebas, merdeka dan cemerlang, berakhlak mulia dan utuh, toleren dan berdaya saing.

Pastikan esei anda mempunyai sekurang-kurangnya 4 unsur patriotisme yang terdapat dalam jadual berikut:

KOD
JUMLAH UP
UNSUR PATRIOTISME
UP1-5
4
Mengandungi 4 unsur patriotisme
Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
UP1
a  menghormati raja dan pemimpin negara

b  menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

c  menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)

d  menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

e  menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

f  berbangga dengan sejarah negara

3
Mengandungi 3 unsur patriotisme
Bersemangat Setia Negara
UP2
a cinta akan bangsa dan negara

b  taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

c  sedia berkorban untuk bangsa dan negara

d  bertanggungjawab kepada bangsa dan negara

e  berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

f  peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

g  bersyukur sebagai warganegara Malaysia

2
Mengandungi 2 unsur patriotisme
Bersemangat Kekitaan
UP 3
a  bersatu padu dan berharmoni

b  bertolak ansur dan bertoleransi

c  bekerjasama dan tolong-menolong

d  hormat-menghormati

e  bersefahaman dan bermuafakat

f  muhibah atau semangat bermasyarakat

1
Mengandungi 1 unsur patriotisme
Berdisiplin
UP 4
a  berakhlak dan berbudi pekerti mulia

b  mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

b  mematuhi peraturan dan undang-undang

c  berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

d  bertindak wajar

e  bersifat amanah dan jujur

f  berlaku adil dan bertimbang rasa


Lain-lain unsur patriotisme
Berusaha dan Produktif
UP 5
a  rajin dan gigih

b  berdikari

c  tabah menghadapi cabaran

d  menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

e  berganding bahu membangunkan negara

f  berilmu dan berketrampilan


Contoh bagaimana unsur-unsur di atas dimasukkan ke dalam esei.

“ Institusi pentadbiran tempatan seperti Majlis Daerah, dapat memperkukuhkan perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dengan mewujudkan masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa (UP3),  menerusi penglibatan semua kaum, contohnya melalui program gotong royong membersihkan taman.  Kesanggupan dan penglibatan masyarakat dalam melaksana dan merealisasikan program tersebut, menunjukkan kesediaan dan kerelaan mereka untuk berkorban masa dan tenaga (UP3) demi kebersihan taman dan negara tercinta.  Dalam menjayakan program di atas juga , akan terjelmalah semangat saling berkerjasama dan bersefahaman (UP2) ketika melaksanakan aktiviti”.

[perkataan yang di’bold’kan menunjukkan bagaimana unsur patriotisme dimasukkan dalam esei]

Sekian, selamat berjaya

Tuesday, March 15, 2011

Panduan Laksana Kerja Kursus Sejarah (Tambahan)


PANDUAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011 (tambahan)
(klik untuk muat turun)

Masih ramai yang belum dapat melaksanakan kerja kursus sebagaimana yang dikehendaki.  Di sini cikgu cuba berikan sedikit panduan yang mungkin dapat membantu.

Pertama     :     Tetapkan tajuk kajian [telah pun diperbincangkan dengan guru-guru sejarah anda]

Kedua        :     Mengenalpasti, mencari, mengumpul dan mendokumentasikan fakta-fakta sejarah daripada sumber-sumber yang ada kaitan dengan tajuk. [sumber-sumber ini mungkin berupa, buku rujukan, jurnal, akhbar, majalah, internet, orang sumber dan sebagainya]: Jika ini telah anda laksanakan bererti anda telah melengkapkan ELEMEN 1. [anda perlu memperolehi sekurang-kurangnya empat sumber yang berlainan jenis]

Ketiga        :     Pada peringkat ini, anda dikehendaki membuat analisa dan kajian daripada pelbagai sumber (ELEMEN 1) yang ada bagi menghasilkan kerja kursus.  Bidang kajian anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut, [diulang, semuanya diperolehi daripada sumber-sumber di elemen 1]: [Pada peringkat ini anda sedang melaksanakan ELEMEN 2]

Hasil Kajian
[perlu ada gambar, jadual, peta, rajah dan sebagainya sebagai bahan sokongan]

Sekurang-kurangnya mempunyai 4 sub topik
1  Institusi Pentadbiran Tempatan:
- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
- Lokasi
- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
- Carta organisasi dan senarai pentadbir

2  Latar Belakang:
- Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh / Pengasas)
- Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan
- Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir
- Cara pelantikan pentadbir tempatan

3    Peranan:
- Ekonomi
- Pendidikan
- Keagamaan
- Kemasyarakatan
- Kebudayaan
- Perayaan
- Pelancongan
- Kebajikan
(Pilih mana-mana empat aspek)

4  Perkembangan:
- Sumber kewangan
- Pembangunan prasarana / Fizikal
- Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
- Kemajuan yang dicapai
- Pengiktirafan / Penghargaan
- Cabaran yang dihadapi
- Perancangan masa hadapan
- Saranan dan harapan
(Pilih mana-mana empat aspek)

                  :     Dalam pada itu, diingatkan bahawa anda perlu menyiapkan beberapa aspek sebelum anda boleh mentakrifkan bahawa anda telah menyiapkan tugasan bagi elemen 2.  Lihat aspek berikut,


Tajuk Kajian
Tuliskan Nama Institusi pentadbiran tempatan yang dikaji

Senarai Kandungan
Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib. [mengandungi 9 perkara]

Penghargaan
Penghargaan kepada pihak yang telah membantu pelaksanaan kerja kursus. [perlu tuliskan nama lengkap]

Objektif Kajian
Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan / iktibar / pengalaman kajian. [sekurang-kurangnya tiga objektif]

Kaedah Kajian
Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja. [sekurang-kurangnya tiga kaedah]

Rumusan
Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini.
Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara. [sekurang-kurangnya tiga unsur patriotisme]
Lampiran
Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang berkaitan.
Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yang disertakan.
Rujukan
Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul. [masukan semua sumber yang anda perolehi dalam elemen 1]

Keempat    :     Menulis esai tidak kurang 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme. Sekurang-kurangnya empat unsur patriotisme .[Pada peringkat  ini anda sedang menyiapkan tugasan anda pada ELEMEN 3]


Sekian, semoga anda mendapat sedikit manfaat daripadanya.