Monday, January 31, 2011
Nota Ulangkaji Bab 2 Tingkatan 2
NOTA ULANGKAJI TINGKATAN 2 BAB 2
KEADAAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH
Bagi tajuk ini, para pelajar harus memahami keadaan-keadaan yang berlaku di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Keadaan-keadaan inilah yang membuka ruang dan peluang kepada British melaksanakan misi campurtangan mereka di Tanah Melayu.
A PERAK
KETIDAK STABILAN POLITIK
1 Pergaduhan Kongsi Gelap & Perang larut
a. Pada 1848, ramai buruh Cina dibawa masuk oleh Long Jaafar untuk memajukan perlombongan bijih timah di Daerah Larut khususnya di Kelian Pauh dan Kelian Bharu.
b. Kebanyakan pelombong Cina menganggotai kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San.
c. Kedua-dua kongsi gelap ini sering terlibat dalam pergaduhan dan terlibat dalam ‘Perang Larut’.
d. Perang ini tercetus akibat perebutan sumber bekalan air ke kawasan lombong dan keinginan menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah.
e. Ngah Ibrahim (Menteri Larut), melantik Kapten Speedy membantu menamatkan kekacauan tersebut.
2. Perebutan Takhta
a. Perebutan takhta tercetus antara Raja Ismail dan Raja Abdullah.
a. Mengikut sistem warisan takhta, sebelum dilantik menjadi sultan, seorang putera raja perlu menjadi Raja di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda.
b. Selepas kemangkatan Sultan Ali 1871, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai sultan.
c. Raja Abdullah (Raja Muda) tidak dilantik menjadi Sultan dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir) diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak.
d. Raja Abdullah mendapat sokongan kuat Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor, pembesar di Hilir Perak
e. Sultan Ismail berkuasa di Hulu Perak, manakala Raja Abdullah berkuasa di Hilir Perak.
f. Raja Abdullah meminta bantuan Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat) bagi mengiktiraf beliau sebagai Sultan dan bersetuju menerima naungan British.
g. Satu perundingan bersama pembesar-pembesar Perak (Raja Abdulah, Ngah Ibrahim dan Dato Sagor) serta pemimpin kongsi gelap di adakan di Pulau Pangkor.
h. Syarat Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874.
i. Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak
ii. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
iii. Sultan menerima Residen British yang akan menasihat sultan dalam semua perkara kecuali berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu
iv. Residen berkuasa ke atas pungutan cukai di Perak
v. Residen, Penolong Residen, sultan dan pembesar dibayar gaji daripada hasil mahsul di Perak.
vi. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima Penolong Residen
vii. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanann di Perak.
Kesan Perjanjian Pangkor
i Bermulanya penguasaan British secara langsung di Perak.
ii. British mencari peluang untuk mengusai negeri-negeri Melayu lain yang kaya untuk kepentingan ekonomi.
B SELANGOR
PERANG KELANG
i. Daerah Klang berada di bawah kekuasaan Raja Sulaiman, kaya dengan bijih timah.
ii. Selepas kemangkatan Raja Sulaiman, Daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah (menantu saudara Sultan Abdul Samad)
iii. Penyerahan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Mahadi (Putera Sultan Sulaiman).
iv. Raja Abdullah berjaya memajukan Daerah Klang dengan membawa buruh-buruh Cina, untuk membuka lombong bijih timah di Kuala Lumpur dan Ampang. Menjelang 1860 Daerah Klang maju sebagai pusat pengeluaran bijih timah di Selangor.
v. Kekayaan Daerah Klang menjadi rebutan dan perbalahan di antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah, mencetuskan Perang Klang (perang saudara)
vi. Perang Klang merebak ke daerah-daerah lain dan bertambah buruk kerana turut melibatkan pelombong-pelombong Cina (kongsi gelap).
vii. Sultan Abdul Samad telah melantik menantunya, Tengku Kudin, bagi menamatkan Perang Klang.
viii. Tengku Kudin yang tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor, telah meminta bantuan British.
ix. Walaupun British Berjaya membantu tamatkan perang, tetapi Sultan enggan menerima Residen British.
x. British menjadikan alasan kejadian rompakan kapal dagang British dari Pulau Pinang ke Melaka berhampiran Langat pada 1873 dan serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado untuk mendesar Sultan meletakkan Selangor di bawah naungan British.
xi. Pada 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen British dan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.
C NEGERI SEMBILAN
PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG
i. Sungai Ujong, daerah yang kaya dengan bijih timah.
ii. Bijih timah dari kawasan ini dibawa ke pelabuhan Melaka melalui Sungai Linggi.
iii. Pembesar yang menguasai Sungai Linggi memperolehi pendapatan lumayan daripada pungutan hasil cukai pedagang.
iv. Perebutaan Sungai Linggi menyebabkan berlaku persengketaan antara dua pembesar, iaitu antara Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato’ Bandar Kulop Tunggal.
v. Dato’ Kelana merasakan kedudukannya di Sungai Ujong tidak selamat kerana Dato’ Bandar mendapat sokongan kuat daripada sebahagian besar pendudukan tempatan dan pelombong Cina, telah meminta bantuan British.
vi. Melalui Perjanjian 1874:
a. Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah daerah Sungai Ujung.
b. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
c. P.J. Murray menjadi Residen British pertama di Sungai Ujung.
vii. Dato Bandar yang ditewaskan telah dibuang ke Singapura dan diberi pencen.
viii. British berjaya menguasai daerah Rembau, Jelebu dan Sri Menanti dan menempatkan pegawai majistret dan pemungut hasil.
ix. Pada 1895, semua daerah disatukan dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan.
x. Yang Dipertuan Besar pertama terpaksa menerima Martin Lister sebagai Residen British pertama Negeri Sembilan.
D PAHANG
KEBIMBANGAN PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN
i. Campur tangan British di Pahang bertujuan menghalang kuasa-kuasa Eropah lain bertapak di Tanah Melayu.
ii. Menjelang abad ke-19, kebangkitan kuasa-kuasa baru, Perancis, Rusia, dan Jerman, yang berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Asia tenggara, menjadi ancaman kepada British.
iii. Demi menjaga maruah dan kedaulatan Pahang, Sultan Ahmad telah mencontohi Sultan Abu Bakar, Johor dalam membangunkan dan memodenkan negeri.
iv. Pelabur-pelabur Eropah dibawa masuk bagi memajukan Pahang. Tindakan ini tidak disenangi British, yang berusaha meluaskan pengaruhnya.
v. Pada 1886 British menghantar, Frank Swettenhem dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat, memujuk sultan menerima Residen British, tetapi gagal.
vi. Pada tahun 1887,British meminta Sultan Abu Bakar, Johor, memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Hasilnya, Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British, tetapi British tidak berpuas hati kerana kuasa terhad.
vii. Pada tahun 1888, warganegara British berbangsa Cina (Go Hui) ditemui mati berhampiran istana sultan Ahmad. Kes ini menjadi sebab British mendesak sultan menerima Residen British, dengan alasan sultan tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang. J.P. Rodger telah dilantik sebagai Residen British.
TAMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment