Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR 2011 - TAHNIAH KEPADA SEMUA

Cikgu mengucapkan TAHNIAH kepada calon-calon PMR 2011, yang menerima keputusan pada hari ini : 22.12.2011.  Pada yang CEMERLANG 9A/8A bersyukurlah kepada ILAHI, kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.  INSSAALLAH, jika anda terus berusaha, SPM pastikan bertemu JAYAnya.  TERUSNYA PERJUANGAN ANDA.  

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT BER 'EIDUL ADHA'

Cikgu mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT EIDUL ADHA.  Semoga ketibaan Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai HARI RAYA QURBAN, akan memberikan lebih KEINSAFAN kepada diri kita sebagai insan kerdil yang diizinkan ALLAH untuk MENUMPANG di bumi ini.  Jauhkan sikap bangga dan besar diri,  CARILAH APA KESALAHAN dan KEKURANGAN DIRI, jangan hanya menuding kepada orang lain.  tidak salah jika sekadar BERPESAN-PESAN kepada KEBENARAN dan KEBAIKAN bersama.  Hidup di dunia ini hanya SEMENTARA,  Tiba masalah PERGILAH JUA.  KORBANLAH kepentingan dunia semata, demi KEBAHGIAAN MUTLAK DI AKHIRAT.  Hidup kita inipun hanyalah sekadar IHSAN ALLAH semata-mata.  Tidak salah untuk bersenang dan bersuka-suka di dunia ini, tetapi sentiasa INGAT, ada had dan kadarnya.

Wednesday, October 26, 2011

Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran 2012

Semua murid Tingkatan 1 dan 2, SMK Felda Besout akan memulakan pengajaran dan pembelajaran tingkatan 2 dan 3, mulai 31 Oktober 2011.   Mohon hadir sepertia  biasa, dengan membawa buku teks  yang telah dibekalkan.  Gunakan jadual waktu sedia ada.  Guru-guru akan mendedahkan sukatan pelajaran bagi sesi 2012, dan seterusnya memulakan P&P.  Semoga masa 2 minggu sebelum bercuti akan digunakan sebaik mungkin.  SELAMAT BELAJAR.

Wednesday, October 5, 2011

SEJARAH PMR 2011

Khamis : 6.10.2011 : 2.30-3.45 petang.
Jawab sebaik mungkin, gunakan masa 1 jam 15 minit sepenuhnya.
Ingat pembahagian soalan:
a)  Tingkatan 1 : soalan 1-15 (15 soalan)
b)  Tngkatan 2 :  soalan 16-35 (20 soalan)
c)  Tingkatan 3 : soalan 36-60 (25 soalan)
Anggaran jumlah soalan mengikut tahap/aras:
a)  Aras 1 (rendah) - 30 soalan  (fakta dan pengetahuan)
b)  Aras 2 (sederhana) - 18 soalan (pemahaman sejarah)
c)  Aras 3 (tinggi) - 12 soalan (soalan berkaitan dengan nilai, iktibar, pengajaran, peribahasa dan 
      sebagainya)
Soalan selalunya ditanya mengikut bab (susunan bab-bab 1 hingga akhir bagi setiap tingkatan)
a)  Tingkatan satu mempunyai 11 bab.
b)  Tingkatan dua mempunyai 8 bab.
c)  Tingkatan tiga mempunyai 7 bab.
Jangan panik, jika tidak dapat menjawab mana-mana soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.  Setelah selesai semua soalan, ulang pada soalan-soalan yang tidak dapat dijawab tadi.
SELAMAT BERJAYA.

Sunday, October 2, 2011

Friday, September 30, 2011

PMR 2011 (4,5,6,10 & 11 OKTOBER)

Kepada calon-calon PMR 2011, cikgu mengucapkan selamat menduduki PMR.  Semoga anda memperoleh kejayaan cemerlang.  Jaga kesihatan, jawab dengan tenang, guna sepenuhnya masa yang diperuntukkan.  Jangan lupa 'solat' dan 'berdoa'.  Selebihnya berserah pada ALLAH.

Friday, September 23, 2011

Skema Gempur Sejarah PMR 2011

1.  Skema Gempur Set Kuantiti (set 1) pada 21.9.2011 : sila muat turun
2.  Skema Gegar MINDA Cemerlang pada 22.9.2011 : sila muat turun

Monday, September 5, 2011

Latihan Semasa Ketiadaan Guru

Cikgu tidak berada di sekolah antara 6-8 September 2011.  Cikgu telah tinggalkan set latihan untuk dilaksanakan.  Sila dapatkan di atas meja cikgu.
~ 3 Anggerik pada 6 & 7.9.2011 : 8.45 - 9.45 pagi
~ 3 Annur pada 6 .9.2011 :11.05-12.05 tengah hari, dan 8.9.2011 : 8.45 - 9.45 pagi
~ 2 Annur pada 7.9.2011 : 11.05-12.05 tengah hari
Perbincangan jawapan, selepas cikgu kembali ke sekolah.  Apapun cikgu berharap anda boleh membuat rujukan teks untuk menentukan jawapan yang betul.

Friday, August 5, 2011

Latihan Pra Percubaan PMR 2011

Sebagai latihan sebelum menghadapi Percubaan Sejarah pada hari 9.8.2011 nanti,  SELAMAT MENJAWAB, semoga BERJAYA.  Sila muat turun.

Tuesday, August 2, 2011

Peperiksaan Percubaan Selaras PMR 2011

Cikgu mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan Ujian Rasmi 2 kepada semua.  Semoga anda semua telah dan sentiasa bersedia.  Buat yang terbaik, gunakan masa semaksimum mungkin.  Selamat BERJAYA.

Tuesday, July 5, 2011

Gempur Pra Percubaan PMR 2011

Gempur  di atas akan diadakan mulai 11.7.2011.  Sila pastikan anda semua sentiasa bersedia.   Jadikan gempur ini sebagai medan menguji kemahiran dan persediaan anda sebelum Peperiksaan Percubaan pada bulan Ogos dan seterusnya PMR pada Oktober 2011.  Cikgu sentiasa berharap agar anda semua jadikan gempur ini sesuatu yang penting dan perlu diambil secara serius. Selamat berjaya.

Tuesday, May 24, 2011

Latihan Bab 6 Tingkatan 3

Dimaklumkan bahawa cikgu tidak ada di sekolah pada 25 - 27 Mei 2011.   Untuk itu, cikgu telah uploadkan NOTA BAB 6 :  Perubahan Pentadbiran Ke Arah berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah sebelum ini.  Sebagai tugasan, sila muat turun latihan berikut:
1.   Solar JPNPk Bab 6 (A)
2.   Latihan Bab 6 (B)
3.   Latihan Bab 6 (C)

Saturday, May 14, 2011

Keputusan PPT 2011

2 ANNUR
3 ANGGERIK
3 ANNUR
Skema Jawapan PPT Sejarah PMR 2011
Tahniah kepada semua yang berjaya.  Pada yang kurang baik, tingkatkan usaha, anda juga boleh berjaya

Friday, May 6, 2011

Tip Menghadapi Peperiksaan

Tip ini adalah ehsan JPNPk, anda boleh muat turun, print, tampal dan amalkan petua-petua dan saranan-saranan yang diberikan.  Semoga berjaya. Tip Menghadapi Peperiksaan

PADA SEMUA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011.  HARAPAN TINGGI AGAR SEMUANYA BEROLEH KEJAYAAN. AMIN

Thursday, May 5, 2011

Sunday, May 1, 2011

Latihan Persediaan PPT Ting. 3 JPNPk 2011

Sila muat turun soalan berikut, untuk latihan dan perbincangan pada minggu hadapan Soalan Latihan Persediaan PPT, Tingkatan 3.  Terima kasih.

Friday, April 29, 2011

Latihan Kendiri Set 2: Pra PPT Tingkatan 3, 2011

Sila muat turun Latihan Kendiri Set 2: Pra PPT Ting 3, untuk latihan.  Pastikan anda telah membuat latihan Kendiri Set 1.  Jawapan set 1 akan diberikan untuk tujuan semakan anda. Terima kasih.

Wednesday, April 27, 2011

Latihan 1 Pra PPT Tingkatan 2, 2011

Latihan 1 Pra PPT Tingkatan 2, 2011 : merangkumi semua bab tingkatan 1 dan 4 bab tingkatan 2, untuk latihan sila muat turun.

Sunday, April 24, 2011

Latihan Kendiri Set 1: Pra PPT Tingkatan 3, 2011

Cakupan kandungan sukatan pelajaran:
1.  Sukatan tingkatan 1 : 11 bab
2.  Sukatan tingkatan 2 : 8 bab
3.  Sukatan  tingkatan 3 : hingga bab 5
Untuk latihan: Sila muat turun Latihan Kendiri Set 1: Pra PPT T3, 2011

Program ASAK MINDA PMR 2011

Dapatan dan Ulasan Program ASAK MINDA PMR 2011

Program ASAK MINDA:
1.    Program ini melibatkan 40 murid yang terpilih, iaitu kalangan murid kelas 3 Annur dan murid STF 2011.
2.    Program ini akan dilaksanakan dalam 3 Fasa:  Fasa Pertama: April 2011 (sebelum PPT), Fasa Kedua : Julai 2011 (Sebelum PP PMR) dan Fasa Ketiga : September 2011(sebelum PMR).
3.    Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris  dan Sejarah, seterusnya mencapai sasaran ‘A’ dalam PMR 2011.

Perjalanan Program Fasa Pertama:
1.    Fasa pertama program ini telah dilaksanakan pada 24.4.2011 (AHAD), mulai jam 8.00 pagi. 
2.    4 mata pelajaran, iaitu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
3.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (lebih kurang 9 atau 10 orang- sepatutnya) dalam 2 sesi pembelajaran.  Masa setiap sesi adalah selama 2 ½ jam.

Ketidak hadiran:
1.    Kelas 3 Annur: kehadiran :  16/27 : 11 tidak hadir tanpa berita.
2.    Kelas 3 Anggerik: Kehadiran : 11/12 : seorang tidak hadir.
3.    Kelas 3 Cempaka: Kehadiran : 0/1

Komitmen:
1.    Masih terdapat kalangan murid dalam kumpulan gagal memberikan perhatian kepada aktiviti program. 

Ulasan dan harapan:
1.    Bilangan murid gagal hadir ke program ini amatlah tinggi.  Khusunya kalangan murid kelas 3 Annur.  Kelas pertama di sekolah ini.  Dengan harapan menggunung diberikan untuk mencatatkan kejayaan pada PMR 2011.  Tanggapan awal yang dapat dibuat, minat murid terhadap program-program pendidikan (percuma) amat rendah.  Masih menebal sikap tidak kisah dan tidak sanggup berkorban demi kejayaan diri.

2.    Gagal memberikan focus terhadap pembelajaran/perbincangan secara menyeluruh.  Sepatutnya, anda mestilah mengambil kesempatan yang diberikan ini untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, dengan melibatkan diri dalam aktiviti secara total.  Sementelahan anda telah hadir, berilah sepenuhnya perhatian kepada perjalanan program.  Jika tidak, anda hanya membuang masa daripada memperolehi kemahiran.

3.    Kajian semula akan dibuat untuk memilih murid yang benar-benar berminat dan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti  program.  Selaras dengan focus dan matlamat sekolah iaitu ‘menjana kecemerlangan’.

4.    Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang prihatin kepada kepentingan pembelajaran untuk anak-anak.  Walau pun hari Minggu masih dapat menghantar anak-anak untuk program ini,  Terima kasih daun keladi.   Kepada murid yang hadir dan telah memberikan komitmen yang tinggi, teruskan usaha anda, semoga anda cemerlang dalam PMR nanti.
 

Saturday, April 23, 2011

Latihan Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Latihan Struktur  :  sila muat turun.  Pastikan anda membuatnya dengan sebaik mungkin.

Friday, April 15, 2011

Latihan Bab 4 : Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan

* 3 Annur dan 3 Anggerik :  Latihan Bab 4 - (Bahagian B) : sila muat turun
* 3 Anggerik sila muat turun juga latihan Bab 4 (Bahagian A) yang telah cikgu berikan sebelum ini.

Wednesday, April 13, 2011

Peperiksaan Selaras PPT 2011

 JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SELARAS TINGKATAN 3
PERINGKAT NEGERI PERAK 2011

HARI/TARIKH
SUBJEK
WAKTU
MASA
JUMAAT
6.5.2011
Bahasa Melayu 1
08.00 – 09.00
1 jam
Bahasa Melayu 2
10.00 – 12.00
2 jam
ISNIN
9.5.2011
Bahasa Inggeris 1
08.00 – 09.00
1 jam
Bahasa Inggeris 2
09.30 – 11.00
1 jam 30 minit
Pend. Islam/
B.Cina 2/B.Tamil 2
11.15 – 01.15
2 jam
SELASA
10.5.2011
Sejarah
08.00 – 09.15
1 jam 15 minit
Science 1
09.35 – 10.35
1 jam
B.Cina 1/B.Tamil 1
11.00 – 12.00
1jam
Bahasa Arab
11.00 – 01.30
2 jam 30 minit
RABU
11.5.2011
Jadual akan diisi dengan subjek PJPK. PSK dan PSV
KHAMIS
12.5.2011
Science 2
08.00 – 09.30
1 jam 30 minit
Kem. Hidup Bersepadu
10.00 – 11.30
1 jam 30 minit
Geografi
12.00 – 01.15
1 jam 15 minit
JUMAAT
13.5.2011
Mathematics 2
08.00 – 09.45
1 jam 45 minit
Mathematics 1
10.15 – 11.30
1 jam 15 minit

Wednesday, April 6, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Kepada semua calon PMR : Kerja Kursus Sejarah

Assalamualaikum wbt.  maaf cikgu tidak dapat memberikan maklum balas segera kepada semua pertanyaan berkaitan kerja kursus.  Cuma dapat cikgu nasihatkan, jangat difikirkan 'SUSAH', maka susahlah jadinya.  Calon-calon kena gandakan sedikit usaha, laksanakan secara berkumpulan. Lihat semula semua saranan dan panduan yang telah cikgu berikan dalam blog.

a) Lawatan ke tempat kajian - jika dapat membuat laporan terpeinci lebih baik, jika tidakpun cukup sekadar membuat catatan apa yang dilihat, carta, fakta dan sebagainya.  Ambil gambar anda di tempat kajian sebagai bukti.  Jika guru anda perlukan cop hidup institusi tersebut, cikgu nasihatkan calon dapatkan surat daripada pihak sekolah,  cuma minta pegawai institusi berkenaan menurunkan cop jabatannya sahaja.

b) Pada yang membuat tajuk Felda , selain Laman Web Felda, rujuk juga, beberapa siri akhbar UM contohnya keluaran Khas Aspirasi Glokal,  ICT Jelas, Buku NAJIB - rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan , Creatif learning Mind, 2009, Buletin felda dan sebagainya.  Kunjungi pihak yang berkaitan untuk mendapatkan sumber.

c) Objektif kajian - iaitu tujuan, sebab, kepentingan atau apa yang akan diperolehi melalui kajian tersebut kepada diri sendiri, masyarakat, negara, generasi akan datang dan sebagainya.  Rujuk contoh kajian yang telah cikgu uploadkan.

d) Contoh esei - rujuk bahan pada 20.3.2011

e) Apa institusi yang anda kaji, aspek kajian adalah serupa. (lihat panduan pada 15.3.2011)
           -Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain, Lokasi
- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
- Carta organisasi dan senarai pentadbir
- Latarbelakang institusi
- Peranan
- Perkembangan
     
Semoga panduan ringkas ini dapat membantu.  Selalulah bertanya guru anda.


Tuesday, March 22, 2011

Modul Latihan Sejarah PMR

Kepada semua calon PMR, di sini cikgu muat turunkan modul gemilang sejarah mengikut tingkatan dan bab.  Modul ini dapat dijadikan bahan latih tubi kendiri.  Modul ini adalah himpunan daripada modul-modul Learning To Score (LTS) Jabatan Pelajaran Perak.
1.  Modul Gemilang Sejarah Tingkatan Satu
2.  Modul Gemilang Sejarah Tingkatan Dua
3.  Modul Gemilang Sejarah Tingkatan Tiga

Sunday, March 20, 2011

Panduan Menulis Esei Kerja Kursus Sejarah


PANDUAN PENULISAN ESEI KERJA KURSUS SEJARAH
[Untuk dapat kan panduan sila muat turun]

Tajuk                     :     Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Kunci Kata              :     a.         Institusi pentadbiran tempatan (institusi yang anda kaji - Pihak Berkuasa Tempatan, Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah dan Pentadbiran Komuniti Setempat)
                                    b.         Memperkukuhkan integrasi nasional

Integrasi                :     Penggabungan atau pergabungan dua beberapa kaum menjadi satu kesatuan.
Integrasi Nasional  :     Pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk agar mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, bebas, merdeka dan cemerlang, berakhlak mulia dan utuh, toleren dan berdaya saing.

Pastikan esei anda mempunyai sekurang-kurangnya 4 unsur patriotisme yang terdapat dalam jadual berikut:

KOD
JUMLAH UP
UNSUR PATRIOTISME
UP1-5
4
Mengandungi 4 unsur patriotisme
Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
UP1
a  menghormati raja dan pemimpin negara

b  menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

c  menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)

d  menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

e  menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

f  berbangga dengan sejarah negara

3
Mengandungi 3 unsur patriotisme
Bersemangat Setia Negara
UP2
a cinta akan bangsa dan negara

b  taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

c  sedia berkorban untuk bangsa dan negara

d  bertanggungjawab kepada bangsa dan negara

e  berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

f  peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

g  bersyukur sebagai warganegara Malaysia

2
Mengandungi 2 unsur patriotisme
Bersemangat Kekitaan
UP 3
a  bersatu padu dan berharmoni

b  bertolak ansur dan bertoleransi

c  bekerjasama dan tolong-menolong

d  hormat-menghormati

e  bersefahaman dan bermuafakat

f  muhibah atau semangat bermasyarakat

1
Mengandungi 1 unsur patriotisme
Berdisiplin
UP 4
a  berakhlak dan berbudi pekerti mulia

b  mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

b  mematuhi peraturan dan undang-undang

c  berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

d  bertindak wajar

e  bersifat amanah dan jujur

f  berlaku adil dan bertimbang rasa


Lain-lain unsur patriotisme
Berusaha dan Produktif
UP 5
a  rajin dan gigih

b  berdikari

c  tabah menghadapi cabaran

d  menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

e  berganding bahu membangunkan negara

f  berilmu dan berketrampilan


Contoh bagaimana unsur-unsur di atas dimasukkan ke dalam esei.

“ Institusi pentadbiran tempatan seperti Majlis Daerah, dapat memperkukuhkan perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dengan mewujudkan masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa (UP3),  menerusi penglibatan semua kaum, contohnya melalui program gotong royong membersihkan taman.  Kesanggupan dan penglibatan masyarakat dalam melaksana dan merealisasikan program tersebut, menunjukkan kesediaan dan kerelaan mereka untuk berkorban masa dan tenaga (UP3) demi kebersihan taman dan negara tercinta.  Dalam menjayakan program di atas juga , akan terjelmalah semangat saling berkerjasama dan bersefahaman (UP2) ketika melaksanakan aktiviti”.

[perkataan yang di’bold’kan menunjukkan bagaimana unsur patriotisme dimasukkan dalam esei]

Sekian, selamat berjaya