Friday, April 29, 2011
Latihan Kendiri Set 2: Pra PPT Tingkatan 3, 2011
Sila muat turun Latihan Kendiri Set 2: Pra PPT Ting 3, untuk latihan. Pastikan anda telah membuat latihan Kendiri Set 1. Jawapan set 1 akan diberikan untuk tujuan semakan anda. Terima kasih.
Wednesday, April 27, 2011
Latihan 1 Pra PPT Tingkatan 2, 2011
Latihan 1 Pra PPT Tingkatan 2, 2011 : merangkumi semua bab tingkatan 1 dan 4 bab tingkatan 2, untuk latihan sila muat turun.
Sunday, April 24, 2011
Latihan Kendiri Set 1: Pra PPT Tingkatan 3, 2011
Cakupan kandungan sukatan pelajaran:
1. Sukatan tingkatan 1 : 11 bab
2. Sukatan tingkatan 2 : 8 bab
3. Sukatan tingkatan 3 : hingga bab 5
Untuk latihan: Sila muat turun Latihan Kendiri Set 1: Pra PPT T3, 2011
1. Sukatan tingkatan 1 : 11 bab
2. Sukatan tingkatan 2 : 8 bab
3. Sukatan tingkatan 3 : hingga bab 5
Untuk latihan: Sila muat turun Latihan Kendiri Set 1: Pra PPT T3, 2011
Program ASAK MINDA PMR 2011
Dapatan dan Ulasan Program ASAK MINDA PMR 2011
Program ASAK MINDA:
1. Program ini melibatkan 40 murid yang terpilih, iaitu kalangan murid kelas 3 Annur dan murid STF 2011.
2. Program ini akan dilaksanakan dalam 3 Fasa: Fasa Pertama: April 2011 (sebelum PPT), Fasa Kedua : Julai 2011 (Sebelum PP PMR) dan Fasa Ketiga : September 2011(sebelum PMR).
3. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sejarah, seterusnya mencapai sasaran ‘A’ dalam PMR 2011.
Perjalanan Program Fasa Pertama:
1. Fasa pertama program ini telah dilaksanakan pada 24.4.2011 (AHAD), mulai jam 8.00 pagi.
2. 4 mata pelajaran, iaitu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
3. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (lebih kurang 9 atau 10 orang- sepatutnya) dalam 2 sesi pembelajaran. Masa setiap sesi adalah selama 2 ½ jam.
Ketidak hadiran:
1. Kelas 3 Annur: kehadiran : 16/27 : 11 tidak hadir tanpa berita.
2. Kelas 3 Anggerik: Kehadiran : 11/12 : seorang tidak hadir.
3. Kelas 3 Cempaka: Kehadiran : 0/1
Komitmen:
1. Masih terdapat kalangan murid dalam kumpulan gagal memberikan perhatian kepada aktiviti program.
Ulasan dan harapan:
1. Bilangan murid gagal hadir ke program ini amatlah tinggi. Khusunya kalangan murid kelas 3 Annur. Kelas pertama di sekolah ini. Dengan harapan menggunung diberikan untuk mencatatkan kejayaan pada PMR 2011. Tanggapan awal yang dapat dibuat, minat murid terhadap program-program pendidikan (percuma) amat rendah. Masih menebal sikap tidak kisah dan tidak sanggup berkorban demi kejayaan diri.
2. Gagal memberikan focus terhadap pembelajaran/perbincangan secara menyeluruh. Sepatutnya, anda mestilah mengambil kesempatan yang diberikan ini untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, dengan melibatkan diri dalam aktiviti secara total. Sementelahan anda telah hadir, berilah sepenuhnya perhatian kepada perjalanan program. Jika tidak, anda hanya membuang masa daripada memperolehi kemahiran.
3. Kajian semula akan dibuat untuk memilih murid yang benar-benar berminat dan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti program. Selaras dengan focus dan matlamat sekolah iaitu ‘menjana kecemerlangan’.
4. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang prihatin kepada kepentingan pembelajaran untuk anak-anak. Walau pun hari Minggu masih dapat menghantar anak-anak untuk program ini, Terima kasih daun keladi. Kepada murid yang hadir dan telah memberikan komitmen yang tinggi, teruskan usaha anda, semoga anda cemerlang dalam PMR nanti.
Saturday, April 23, 2011
Latihan Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957
Latihan Struktur : sila muat turun. Pastikan anda membuatnya dengan sebaik mungkin.
Monday, April 18, 2011
Latihan SOLAR 4 JPNPK Bab 4 Ting 3
Sila muat turun untuk latihan : Solar 4
Friday, April 15, 2011
Latihan Bab 4 : Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan
* 3 Annur dan 3 Anggerik : Latihan Bab 4 - (Bahagian B) : sila muat turun
* 3 Anggerik sila muat turun juga latihan Bab 4 (Bahagian A) yang telah cikgu berikan sebelum ini.
* 3 Anggerik sila muat turun juga latihan Bab 4 (Bahagian A) yang telah cikgu berikan sebelum ini.
Wednesday, April 13, 2011
Peperiksaan Selaras PPT 2011
JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SELARAS TINGKATAN 3
PERINGKAT NEGERI PERAK 2011
HARI/TARIKH | SUBJEK | WAKTU | MASA |
JUMAAT 6.5.2011 | Bahasa Melayu 1 | 08.00 – 09.00 | 1 jam |
Bahasa Melayu 2 | 10.00 – 12.00 | 2 jam | |
ISNIN 9.5.2011 | Bahasa Inggeris 1 | 08.00 – 09.00 | 1 jam |
Bahasa Inggeris 2 | 09.30 – 11.00 | 1 jam 30 minit | |
Pend. Islam/ B.Cina 2/B.Tamil 2 | 11.15 – 01.15 | 2 jam | |
SELASA 10.5.2011 | Sejarah | 08.00 – 09.15 | 1 jam 15 minit |
Science 1 | 09.35 – 10.35 | 1 jam | |
B.Cina 1/B.Tamil 1 | 11.00 – 12.00 | 1jam | |
Bahasa Arab | 11.00 – 01.30 | 2 jam 30 minit | |
RABU 11.5.2011 | Jadual akan diisi dengan subjek PJPK. PSK dan PSV | ||
KHAMIS 12.5.2011 | Science 2 | 08.00 – 09.30 | 1 jam 30 minit |
Kem. Hidup Bersepadu | 10.00 – 11.30 | 1 jam 30 minit | |
Geografi | 12.00 – 01.15 | 1 jam 15 minit | |
JUMAAT 13.5.2011 | Mathematics 2 | 08.00 – 09.45 | 1 jam 45 minit |
Mathematics 1 | 10.15 – 11.30 | 1 jam 15 minit |
Thursday, April 7, 2011
Soalan Objektif Bab 3 dan 4 Tingkatan 1
Latihan bagi murid Kelas STF. Sila muat turun Bab 3 : Kerajaan Awal Di Asia Tenggara dan Bab 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Wednesday, April 6, 2011
Latihan Bab 4 : Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Kelas 3 Annur : untuk latihan bab 4 (Bahagian A) : sila muat turun
Subscribe to:
Posts (Atom)