Saturday, December 29, 2012

Assalamulaikum wbt.
Tanggal 2 Januari 2013, bermulalah sesi persekolahan baru.  Pastinya pelajar-pelajar telah menyiapkan segala kelengkapan untuk kembali ke alam persekolahan.  Bukan sahaja kelengkapan fizikal tetapi juga SEMANGAT dan AZAM baru untuk belajar bersungguh-sungguh.  SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

Monday, March 5, 2012

Ujian Rasmi 1

Selamat menduduki ujian rasmi 1, mulai 5 - 8 mac 2012.   Ujian ini penting untuk menilai sejauhmana anda telah mengusai kemahiran yang telah dipelajari.  Dapatan hasil ujian ini membolehkan guru merancang strategi P&P yang lebih mantap dan berkesan.

Friday, March 2, 2012

Kerja Kursus Sejarah 2012

Tugasan 1 : Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia, berdasarkan satu daripada tajuk berikut:
(i)    Makanan
(ii)   Pakaian 
(iii)  Kraf Tangan
(iv)   Pertukangan (kerja kayu atau kerja logam)

Tugasan 2 :
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
 
  BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

  Untuk dapatkan tajuk ini selengkapnya klik atau rujuk ruangan 'Tajuk Kerja Kursus sejarah 2012'.

Thursday, February 2, 2012

Bab 1 Tingkatan 3 : Pendudukan Jepun

Anda boleh muat turun fail .PPT di atas untuk ulangkaji di sini

Bab 2 Tingkatan 1 : Zaman Prasejarah

Nota latihan dan ulangkaji pelajaran tingkatan 1.  Fail di atas dalam format .PPT, anda boleh muat turun di sini.

Saturday, January 21, 2012