Wednesday, January 12, 2011

Latihan 3: Untuk 3 Annur dan 3 Anggerik


Hari: ……………………                                                                                                        Tarikh: ………………….

LATIHAN 3 ~ PRAKTIS PENGUKUHAN MINDA (10 soalan aras sederhana dan tinggi)
BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA



Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan iaitu A, B, C atau D.  Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.

Jawab semua soalan berikut:

1.   Perkataan berikut, tertera daripada satu poster yang terdapat di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun.

            Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya”.

      Mengapakah poster tersebut banyak terdapat di dinding-dinding bangunan semasa kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu?

      A    Memenangi hati penduduk tempatan.
      B    Mengelakkan penduduk tempatan di tindas.
      C    Mententeramkan fikiran penduduk tempatan.
      D    Membangkitkan semangat kebangsaan penduduk tempatan.

2.   Slogan-slogan berikut berjaya mempengaruhi penduduk Tanah Melayu sehingga kedatangan tentera Jepun tidak menghadapi penentangan daripada mereka.
     
·         Semangat Asia
·         Asia Untuk Orang Asia

      Apakah iktibar daripada situasi tersebut?

      A    Kedaulatan Negara tanggungjawab kita bersama
      B    Kerjasama dengan kuasa luar menjamin keamanan
      C    Keperluan strategi dalam melaksanakan sesuatu misi
      D    Kekayaan benua Asia adalah untuk orang Asia

3.   Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan British di Sarawak.
     
·         Membakar telaga minyak
·         Memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan

      Mengapakah British bertindak demikian?

      A    Menghancurkan kerajaan di Sarawak
      B    Menggagalkan serangan Jepun ke Sarawak.
      C    Menggagalkan rancangan Jepun menguasai bahan mentah.
      D    Membangkitkan kemaraan penduduk tempatan terhadap Jepun.

4.   Maklumat berikut merupakan kemusnahan yang berlaku di Negara kita akibat serangan Jepun.

·         Jambatan diletupkan
·         Bangunan dimusnahkan
·         Landasan kereta api dirosakkan

Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada peristiwa tersebut?

A    Peperangan perlu dihindari
B    jangan berhubung dengan kuasa asing
C    Berhati-hati dengan kehadiran orang asing
D    Bersatu padu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.

5.   Leftenan Adnan merupakan pejuang yang menentang serangan Japun di Bukit Gap, Singapura.
      Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada perjuangan beliau?

      A    Bijak mengatur strategi
      B    Pewarisan budaya bangsa
      C    Kepimpinan melalui teladan
      D    Sedia berkorban untuk Negara

6.   Pada 15 Februari 1942, Leftenan Jeneral A.E. Percival telah menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita yang dikenali sebagai ‘Harimau Malaya di Singapura.
      Apakah iktibar yang boleh kita perolehi daripada peristiwa tersebut?
     
      A    Semangat perjaungan yang tinggi
      B    Berhati-hati terhadap propaganda dari luar
      C    Kejayaan boleh dicapai melalui cara kekerasan
      D    Jangan mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan Negara kita.

7.   Senarai berikut merupakan factor-faktor kejayaan Jepun di Tanah Melayu.

·         Pakatan Jepun-Thailand
·         Taktik serangan Jepun
·         Aktiviti perisikan Jepun di Tanah Melayu

Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada maklumat tersebut?

A    Bijak menyusun strategi
B    Berani menentang musuh Negara
C    Berhati-hati terhadap propaganda
D    Bersatu memartabatkan maruah bangsa

Dasar
Kedudukan Sultan
Politik
Hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

8.   Mengapakah pihak Jepun mengiktiraf kedudukan sultan walaupun baginda tidak lagi menjadi pemerintah negeri.

      A    Kedudukan sultan dipandang mulia
      B    Kedaulatan sultan tidak boleh dipersoalkan
      C    Jepun memerlukan sokongan daripada orang Melayu.
      D    Jepun memerlukan kerjasama daripada golongan istana

Kaum
Layanan Jepun
Cina
Kejam dan kasar
Melayu
Lebih baik
India
baik

9.   Mengapakah Jepun membrikan layanan berbeza kepada ketiga-tiga kaum di atas ketika pemerintahannya di Tanah Melayu?
     
      A    Bimbang dengan pengaruh komunis
      B    Ingin menyekat perpaduan di kalangan masyarakat
      C    Mempunyai kepentingan tertentu dan tersendiri ke atas setiap kaum
      D    Melaksanakan dasar pecah dan perintah terhadap ketiga-tiga kaum

 10. Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi masalah kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu antara tahun 1942-1945?

      A    Mengimport bahan makanan
      B    Membawa masuk tenaga mahir
      C    Memperkenalkan ekonomi kawalan
      D    Menghentikan perdagangan antarabangsa


SOALAN TAMAT *** SELAMAT MENJAWAB

No comments:

Post a Comment