Wednesday, May 10, 2017




MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SMK SUNGKAI 
Majlis Anugerah Kecemelangan Akademik merupakan acara utama, penting lagi bermakna bagi semua sekolah, dan dilaksanakan saban tahun.  SMK Sungkai juga telah berjaya melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik atau lebih dikenali dengan singkatan MAKA 2017 pada tanggal 28 April 2017 bersamaan hari Jumaat.  Majlis ini bermula tepat jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi.  Tarikh tersebut juga diambil sebagai cuti peristiwa sekolah.

Rasional majlis ini dilaksanakan kerana telah menjadi sifat semulajadi manusia yang sukakan pujian dan sanjungan sebagai eleman yang dapat mempertingkatkan kecemerlangan diri.  Menyedari hakikat inilah, setiap tahun sekolah akan mengadakan majlis penganugerahan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada kalangan individu pelajar, ibu bapa, masyarakat dan badan-badan serta institusi-institusi yang terlibat dalam membantu dalam perkembangan dan kecemerlangan akademik sekolah ini.

Majlis ini dilaksanakan bermatlamat bagi merai dan menghargai kalangan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.  Selain itu majlis turut memberikan penghargaan kepada guru-guru, ibubapa, individu, badan-badan dan institusi-institusi yang banyak membantu ke arah kecemerlangan akademik sekolah ini.

Antara objektif majlis diadakan adalah untuk, 
  • Memberikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.
  • Mewujudkan budaya saing yang sihat dalam kalangan pelajar di bidang bidang akademik.
  • Menggalakkan pelajar-pelajar supaya sentiasa bersedia dan berusaha untuk maju dalam bidang akademik.
  • Menjadi peransang kepada ibu bapa supaya sentiasa mendorong dan mempastikan anak-anak supaya sentiasa berminat dan maju dalam pendidikan.
  • Meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam dari segi kuantiti dan kualiti bagi tahun-tahun mendatang.
  • Setiap panitia sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Kebiasaannya ada kalangan pelajar turut dilibatkan bersama menganggotai jawatankuasa kerja, seperti pengawas dan pengakap.  Ada juga terlibat sebagai penyambut tetamu, terlibat dalam acara persembahan dan sebagainya.  Penglibatan begini dapat memberikan didikan kemahiran dan latihan bagaimana sesebuah acara atau majlis diurus dan dikendalikan.  Selain itu, penglibatan mereka secara langsung dapat membentuk sikap berani dan bersedia menghadapi orang ramai, lebih-lebih lagi tetamu kenamaan.

Bagi melaksanakan majlis sebegini sudah semesatinya memerlukan dana yang agak besar.  Sumbangan utama tentulah datangnya daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.  Selain itu derma juga daripada kalangan guru-guru dan sumbangan luar seperti ibu bapa, institusi-institusi dan syarikat-syarikat yang ada hubungan langsung dengan sekolah.

Menjadi harapan tinggi agar,

  • Majlis seperti ini akan menjadi galakan dan dorongan agar semua pihak untuk terus memberikan tumpuan, sokongan dan komitmen ke arah kecemerlangan akademik sekolah ini secara berterusan.
  • Semoga kecemerlangan pendidikan khususnya dalam bidang akademik akan menjadi matlamat utama semua pihak khususnya kalangan ibubapa serta dapat pula melahirkan lebih ramai cerdik pandai dalam kalangan anak-anak di masa akan datang.
  • Harapan agar lebih ramai lagi khususnya kalangan ibubapa, komuniti, bahan-badan dan institusi-institusi sekitar turut sama memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini dengan memberikan sumbangan dan bantuan berupa wang ringgit atau barangan bagi menaja mana-mana kategori yang difikirkan sesuai.

Friday, March 11, 2016

LATIHAN MASA CUTI - MAC 2016 [TINGKATAN 3 - BAB 1 DAN BAB 2]

Selam sejahtera semua, bersama ini cikgu sertakan LATIHAN MASA CUTI  untuk dilaksanakan semasa cuti pertengahan penggal 1 ini.  Gunakan BORANG JAWAPAN yang terdapat dalam kertas lathan.  Hantarkan borang tersebut kepada email: idrisjohari123@gmail.com. SEMPURNAKAN CUTI ANDA DENGAN LEBIH BERMANFAAT.  SELAMAT MENJAWAB

Saturday, February 20, 2016

Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu - Bahagian 4

Video bahagian akhir bagi bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu - Kesan-Kesan Pemerintahan

video
Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu - Bahagian 3

Video Ulangkaji  -  Pendudukan Jepun di Tanah Melayu - 'Dasar Pemerintahan Jepun'.

video
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu - Bahagian 3

Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu : Bahagian 2

Video ulangkaji - Cara Kemaraan dan Faktor Kejayaan Jepun

video
Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu : Bahagian 2

Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu - Bahagian 1

Video pembelajaran 'EDUWEB TV' untuk ulangkaji bagi menduduki Ujian Rasmi 1 mulai 8 Mac 2016.

video
Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu : Bahagian 1


Sunday, October 6, 2013

Selamat Menduduki PMR

Selamat menduduki PMR 2013.  Subjek Sejarah akan bermula pada 7 Oktober 2013 [Isnin].  Semoga anda semua oleh kejayaan cemerlang berkhususnya 22 pelajar 3 Anggerik.  Hadapi kertas dengan tenang.  Ingat semua pesanan guru anda. Mulakan dengan menyebut nama ALLAH.  Bersama ini cikgu sertakan 'skime jawapan bagi kertas Percubaan SBP 2013' untuk rujukan dan semakan semua. Klik di sini