Wednesday, October 26, 2011

Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran 2012

Semua murid Tingkatan 1 dan 2, SMK Felda Besout akan memulakan pengajaran dan pembelajaran tingkatan 2 dan 3, mulai 31 Oktober 2011.   Mohon hadir sepertia  biasa, dengan membawa buku teks  yang telah dibekalkan.  Gunakan jadual waktu sedia ada.  Guru-guru akan mendedahkan sukatan pelajaran bagi sesi 2012, dan seterusnya memulakan P&P.  Semoga masa 2 minggu sebelum bercuti akan digunakan sebaik mungkin.  SELAMAT BELAJAR.

Wednesday, October 5, 2011

SEJARAH PMR 2011

Khamis : 6.10.2011 : 2.30-3.45 petang.
Jawab sebaik mungkin, gunakan masa 1 jam 15 minit sepenuhnya.
Ingat pembahagian soalan:
a)  Tingkatan 1 : soalan 1-15 (15 soalan)
b)  Tngkatan 2 :  soalan 16-35 (20 soalan)
c)  Tingkatan 3 : soalan 36-60 (25 soalan)
Anggaran jumlah soalan mengikut tahap/aras:
a)  Aras 1 (rendah) - 30 soalan  (fakta dan pengetahuan)
b)  Aras 2 (sederhana) - 18 soalan (pemahaman sejarah)
c)  Aras 3 (tinggi) - 12 soalan (soalan berkaitan dengan nilai, iktibar, pengajaran, peribahasa dan 
      sebagainya)
Soalan selalunya ditanya mengikut bab (susunan bab-bab 1 hingga akhir bagi setiap tingkatan)
a)  Tingkatan satu mempunyai 11 bab.
b)  Tingkatan dua mempunyai 8 bab.
c)  Tingkatan tiga mempunyai 7 bab.
Jangan panik, jika tidak dapat menjawab mana-mana soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.  Setelah selesai semua soalan, ulang pada soalan-soalan yang tidak dapat dijawab tadi.
SELAMAT BERJAYA.

Sunday, October 2, 2011