Monday, January 31, 2011

Latihan Cuti Sekolah : 2 Annur


LATIHAN CUTI SEKOLAH
BAB 2 : KEADAAN DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH:

Jawab semua soalan berikut:

Bahagian A : Soalan Struktur

1.   Nyatakan dua  kawasan dalam Daerah Larut yang kaya dengan bijih timah.
      a. ………………………………………..
      b. …………………………………………

2.   Bagaimanakah Perang Larut ditamatkan?
      ……………………………………………………………………………........................
      …………………………………………………………………………..........................

3.   Senaraikan dua peristiwa yang mengukuhkan alas an British untuk campurtangan secara rasmi di Selangor.
      a. ………………………………………………………………………............................
      b. ………………………………………………………………………............................

4.   Mengapakah kerabat diraja Selangor enggan mengiktiraf peranan Tengku Kudin bagi menamatkan perang Klang?
      ……………………………………………………………………………...........................

5.   Apakah kesan kejayaan British menguasai Sungai Ujong di Negeri Sembilan?
      …………………………………………………………………………...........................…
      ………………………………………………………………………….............................

6.   Senaraikan dua  tindakan Sultan Ahmad dalam usaha baginda untuk mempertahankan kedaulatan Pahang.
      a.   …………………………………………………………………….............................
      b.   …………………………………………………………………….............................

Bahagian B : Soalan Objektif

1.   Apakah punca tercetusnya kekacauan di Perak sebelum tahun 1874?
      I     Perebutan takhta
      II    Pergaduhan kongsi gelap
      III   Perebutan pelabuhan eksport bijih timah
      IV   Penentangan terhadap penjajahan British

Tahun
Peristiwa
1871-1873
Perang saudara di Perak

2.   Apakah kesan daripada peristiwa di atas?
      I     Penguasaan kawasan lading kopi
      II    Penglibatan pihak Inggeris
      III   Perlombongan bijih timah terjejas
      IV   Penguasaan kawasan perlombongan oleh British
      A    I, II dan III         C    I, III dan IV
      B    I, II dan IV         D    II, III dan Iv

3.   Kekacauan di Perak sebelum 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu.
Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
A    Perpaduan membawa kemajuan
B    Perpecahan mengundang penjajahan
C    Peranan kuasa luar perlu untuk keamanan
D    Penjajahan membawa perubahan ekonomi

Raja Abdullah
Perang Klang
Raja Mahadi

4.   Mengapakah Raja Mahadi ingin menuntut daerah Klang dalam krisis di atas?
      A    Daerah ini dirampas oleh Raja Abdullah
      B    Daerah ini telah dihadiahkan kepada tengku Kudin
      C    Daerah ini pernah dikuasai oleh Raja Sulaiman
      D    Daerah Klang kaya dengan galian emas

5.   Pada tahun 1874, tercetus kejadian huru-hara di Sungai Ujong.  Kejadian ini berpunca daripada
      A    perebutan takhta di Sungai Ujong
      B    perang saudara antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Bandar
      C    perebutan kawasan perlombongan bihih timah
      D    penentangan terhadap campur tangan British

6.   Pahang bukanlah negeri yang kaya sebagaimana
Negeri-negeri Melayu lain.
Apakah matlamat British ingin menempatkan Residennya di sana.
A    Mengembalikan keamanan di Pahang
B    Menghalang kemaraan kuasa Eopah lain
C    Memastikan keselamatan pelabur Eropah
D    Menghapuskan kebangkitan pembesar tempatan.

7.   Pelabur Eropah digalakkan membangunkan kegiatan ekonomi di Pahang sebelum tahun 1886.
      Apakah tujuan utama pemerintah Pahang berbuat demikian?
      A    Menghalang campur tangan British
      B    Mengeksploitasi sumber kekayaan hasil bumi
      C    Meningkatkan sumber pendapatan kerajaan
      D    membangunkan kemudahan asas di Pahang

8.   Pada tahun 1873, Sultan Ahmad terpaksa menandatangani perjanjian bagi menerima Residen British di Pahang.
      Apakah peristiwa tersebut?
      A    Pembunuhan seorang penduduk tempatan
      B    pembunuhan seorang warga British
      C    Perebutan takhta kerajaan Pahang
      D    Kebangkitan Dato’ Bahaman

SOALAN TAMAT

Nota Ulangkaji Bab 2 Tingkatan 2


NOTA ULANGKAJI TINGKATAN 2 BAB 2

KEADAAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH

Bagi tajuk ini, para pelajar harus memahami keadaan-keadaan yang berlaku di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.  Keadaan-keadaan inilah yang membuka ruang dan peluang  kepada British melaksanakan misi campurtangan mereka di Tanah Melayu.

A          PERAK

KETIDAK STABILAN POLITIK

1       Pergaduhan Kongsi Gelap & Perang larut
a.    Pada 1848, ramai buruh Cina dibawa masuk oleh Long Jaafar untuk memajukan perlombongan bijih timah di Daerah Larut  khususnya di Kelian Pauh dan Kelian Bharu.
b.    Kebanyakan pelombong Cina menganggotai kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San.
c.     Kedua-dua kongsi gelap ini sering terlibat dalam pergaduhan dan terlibat dalam ‘Perang Larut’.
d.    Perang ini tercetus akibat perebutan sumber bekalan air ke kawasan lombong dan keinginan menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah.
e.    Ngah Ibrahim (Menteri Larut), melantik Kapten Speedy membantu menamatkan kekacauan tersebut.

2.   Perebutan Takhta
a.   Perebutan takhta tercetus antara Raja Ismail dan Raja Abdullah.
a.    Mengikut sistem warisan takhta, sebelum dilantik menjadi sultan, seorang putera raja perlu menjadi Raja di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda.
b.    Selepas kemangkatan Sultan Ali 1871, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai sultan.
c.     Raja Abdullah (Raja Muda) tidak dilantik menjadi Sultan dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir) diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak.
d.    Raja Abdullah mendapat sokongan kuat Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor, pembesar di Hilir Perak
e.    Sultan Ismail berkuasa di Hulu Perak, manakala Raja Abdullah berkuasa di Hilir Perak.
f.     Raja Abdullah meminta bantuan Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat) bagi mengiktiraf beliau sebagai Sultan dan bersetuju menerima naungan British.
g.    Satu perundingan bersama pembesar-pembesar Perak (Raja Abdulah, Ngah Ibrahim dan Dato Sagor) serta pemimpin kongsi gelap di adakan di Pulau Pangkor.
h.    Syarat Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874.
i.      Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak
ii.     Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
iii.    Sultan menerima Residen British yang akan menasihat sultan dalam semua perkara kecuali berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu
iv.    Residen berkuasa ke atas pungutan cukai di  Perak
v.     Residen, Penolong Residen, sultan dan pembesar dibayar gaji daripada hasil mahsul di Perak.
vi.            Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima Penolong Residen
vii.           Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanann di Perak.

Kesan Perjanjian Pangkor
i     Bermulanya penguasaan British secara langsung di Perak.
ii.   British mencari peluang untuk mengusai negeri-negeri Melayu lain yang kaya untuk kepentingan ekonomi.

B          SELANGOR

 PERANG KELANG

i.          Daerah Klang berada di bawah kekuasaan Raja Sulaiman, kaya dengan bijih timah.
ii.         Selepas kemangkatan Raja Sulaiman, Daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah (menantu saudara Sultan Abdul Samad)
iii.        Penyerahan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Mahadi (Putera Sultan Sulaiman).
iv.        Raja Abdullah berjaya memajukan Daerah Klang dengan membawa buruh-buruh Cina, untuk membuka lombong bijih timah di Kuala Lumpur dan Ampang.  Menjelang 1860 Daerah Klang maju sebagai pusat pengeluaran bijih timah di Selangor.
v.         Kekayaan Daerah Klang menjadi rebutan dan perbalahan di antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah, mencetuskan Perang Klang (perang saudara)
vi.        Perang Klang merebak ke daerah-daerah lain dan bertambah buruk kerana turut melibatkan pelombong-pelombong Cina (kongsi gelap).
vii.       Sultan Abdul Samad telah melantik menantunya, Tengku Kudin, bagi menamatkan Perang Klang.
viii.      Tengku Kudin yang tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor, telah meminta bantuan British.
ix.       Walaupun British Berjaya membantu tamatkan perang, tetapi Sultan enggan menerima Residen British.
x.        British menjadikan alasan kejadian rompakan kapal dagang British dari Pulau Pinang ke Melaka berhampiran Langat pada 1873 dan serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado untuk mendesar Sultan meletakkan Selangor di bawah naungan British.
xi.       Pada 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen British dan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.

C          NEGERI SEMBILAN

PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG

i.          Sungai Ujong, daerah yang kaya dengan bijih timah.
ii.         Bijih timah dari kawasan ini dibawa ke pelabuhan Melaka melalui Sungai Linggi.
iii.        Pembesar yang menguasai Sungai Linggi memperolehi pendapatan lumayan daripada pungutan hasil cukai pedagang.
iv.        Perebutaan Sungai Linggi menyebabkan berlaku persengketaan antara dua pembesar, iaitu antara Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato’ Bandar Kulop Tunggal.
v.         Dato’ Kelana merasakan kedudukannya di Sungai Ujong tidak selamat kerana Dato’ Bandar mendapat sokongan kuat daripada sebahagian besar pendudukan tempatan dan pelombong Cina, telah meminta bantuan British.
vi.        Melalui Perjanjian 1874:
a.    Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah daerah Sungai Ujung.
b.    British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
c.     P.J. Murray menjadi Residen British pertama di Sungai Ujung.
vii.       Dato Bandar yang ditewaskan telah dibuang ke Singapura dan diberi pencen.
viii.      British berjaya menguasai daerah Rembau, Jelebu dan Sri Menanti dan menempatkan pegawai majistret dan pemungut hasil.
ix.       Pada 1895, semua daerah disatukan dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan.
x.        Yang Dipertuan Besar pertama terpaksa menerima Martin Lister sebagai Residen British pertama Negeri Sembilan.

D          PAHANG

KEBIMBANGAN PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN

i.          Campur tangan British di Pahang bertujuan menghalang kuasa-kuasa Eropah lain bertapak di Tanah Melayu.
ii.         Menjelang abad ke-19, kebangkitan kuasa-kuasa baru, Perancis, Rusia, dan Jerman, yang berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Asia tenggara,  menjadi ancaman kepada British.
iii.        Demi menjaga maruah dan kedaulatan Pahang, Sultan Ahmad telah mencontohi Sultan Abu Bakar, Johor dalam membangunkan dan memodenkan negeri.
iv.        Pelabur-pelabur Eropah dibawa masuk bagi memajukan Pahang.  Tindakan ini tidak disenangi British, yang berusaha meluaskan pengaruhnya.
v.         Pada 1886 British menghantar, Frank Swettenhem dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat, memujuk sultan menerima Residen British, tetapi gagal.
vi.        Pada tahun 1887,British meminta Sultan Abu Bakar, Johor, memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Hasilnya, Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British, tetapi British tidak berpuas hati kerana kuasa terhad.
vii.       Pada tahun 1888, warganegara British berbangsa Cina (Go Hui) ditemui mati berhampiran istana sultan Ahmad. Kes ini menjadi sebab British mendesak sultan menerima Residen British, dengan alasan sultan tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang.  J.P. Rodger telah dilantik sebagai Residen British.

TAMAT

Sunday, January 30, 2011

Latihan Cuti Sekolah : 3Annur & 3Anggerik


LATIHAN CUTI SEKOLAH
BAB 2 : MALAYAN UNION & REAKSI PENDUDUK TEMPATAN
(Lekat atau tulis dalam buku latihan)

Jawab semua 12 soalan berikut:

1.      Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946.
         Apakah tujuan penubuhan Malayan Union?
         I     Melindungi kepentingan British.
         II    mengukuhkan pertahanan British
         III   Menarik penglibatan pelabur asing
         IV   Menyelaras system pentadbiran
         A    I, II dan III         C    I, III dan IV
         B    I, II dan IV         D    II, III dan IV

2.      Pentadbiran Tentera British telah dibubarkan dan digantikan dengan Malayan Union.
         Apakah ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union?
         I     Setiap negeri ditadbir oleh Pesuruhjaya Negeri.
         II    Undang-undang diputuuskan oleh Parlimen British.
         III   Jawatan Yang di-Pertuan Agong diperkenalkan.
         IV   Syarat hak kerakyatan diperketatkan.
         A    I, dan II             C    III dan IV
         B    II dan III            D    I dan IV

Negeri Naungan
--->
Tanah Jajahan Mahkota

3.      Perubahan status Tanah Melayu sebagaimana yang digambarkan di atas, merupakan suatu bentuk penjajahan secara mutlak British.
         Apakah ciri utama yang menggambarkan bentuk penjajahan tersebut?
         A    perlimen British menjadi pemutuus undang-undang Malayan Union.
         B    syarat kewarganegaraan yang ketat.
         C    pentadbiran Barat diperkenalkan.
         D    hak istimewa orang Melayu diabaikan.

4.      Mengapakah pembentukan Malayan Union merupakan suatu yang amat penting kepada British?
         I     Mengukuhkan pengaruh agama
         II    Mengukuhkan pengaruh sosial
         III   Mengukuhkan pengaruh poolitik
         IV   Mengukuhkan peengaruh ekonomi
         A    I, dan II             C    III dan IV
         B    II dan III            D    I dan IV

5.      Pembentukan Malayan Union ditentang oleh kebanyakan orang Melayu. 
         Mengapakah mereka menentang?
         I     Syarat kewarganegaraan yang longgar
         II    Gabenor mengambil alih kuasa sultan
         III   British melaksanakan pentadbiran tentera
         IV   Kedudukan istimewa orang Melayu terjejas.
         A    I, II dan III         C    I, III dan IV
         B    I, II dan IV         D    II, III dan IV

Perlaksanaan Malayan Union dikatakan telah menggugat kedudukan dan kekuasaan raja-raja Melayu.

6.      Tunjukkan bukti daripada pernyataan di atas?
         A    Pengenalan undang-undang Barat di Tanah Melayu.
         B    Undang-uundang yang digubal tidak perlu diluluskan oleh sultan.
         C    Tiada peruntukan elaun untuk sultan.
         D    Majlis Raja-raja Melayu dibubarkan.

Sir Harold MacMicheal

7.      Bagaimanakah tokoh di atas menjalankan tugas untuk merealisasikan pembentukan Malayan Union?
         A    Menulis surat rayuan.
         B    Menjanjikan ganjaran.
         C    Membuat ugutan.
         D    Menggunakan undang-undang

·         Frank Swettenhaam
·         R.O. Winstedt
·         Sir Frederick

8.      Jelaskan apakah sumbangaan tokoh-tokoh tersebut?
         A    Pengasas idea Malayan Union
         B    Pentadbir Malayan Union di London
         C    Menerbitkan akhbar The Times  di London
         D    Menentang cadangan Malayan Union secara terbuka

Kongres Melayu ke Dua telah diadakan pada 30-31 Mac 1946

9.      Apakah perkara-perkara yang penting yang dibincangkan dalam kongres tersebut?
         I     Pergabungan orang Melayu selama 7 hari.
         II    Penubuhan UMNO oleh Dato’ Onn Jaafar.
         III   Penglibatan kaum wanita dalam menentang Malayan Union.
         IV   Pemulauan majlis perlantikan Gabenor Malayan Union Pertama.
         A    I, dan II             C    III dan IV
         B    II dan III            D    I dan IV

10.    Akhbar berikut menyeru orang Melayu supaya menentang Malayan Union.
         I     Majlis
         II    Warta Negara
         III   Berita Harian
         IV   Utusan Melayu
         A    I, II dan III         C    I, III dan IV
         B    I, II dan IV         D    II, III dan IV

11.    Perumpamaan manakah yang menggambar situasi Raja-raja Melayu yang dipaksa menerima Gagasan Malayan Union.
         A    melepaskan batuk ditangga
         B    ditelan mati emak, diluah mati bapa
         C    bersatu teguh, bercerai roboh
         D    berrkerat rotan, berpatah arang

12.    Apakah perkara-perkara yang dipertahan orang Melayu yang membawa kepada penentangan terhadap Malayan Union?
         I     Taraf hidup
         II    Kuasa Sultan
         III   Hak istimewa
         IV   Monopoli eknomi
         A    I, dan II             C    III dan IV
         B    II dan III            D    I dan IV

SOALAN TAMAT