Nama: ………………………………………………………………………
Tingkatan: …………………… Tarikh: ………………….
LATIHAN 2 : BAB 1 : BRITISH DI PULAU PINANG & SINGAPURA
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan iaitu A, B, C atau D. Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.
Jawab semua soalan berikut:
1. Kedudukan Pulau Pinang yang strategik dapat memenuhi semua keperluan SHTI.
Apakah keperluan tersebut?
A Pangkalan ketenteraan
B Pusat pemerintahan
C Penduduk yang ramai
D Pengeluaran hasil pertanian
2. Kerajaan Kedah telah mengamalkan dasar berikut pada kurun ke-16
Apakah kesan daripada pengenalan dasar tersebut?
A Tumpuan mubaligh Islam
B Menjadi pelabuhan entrepot
C Campur tangan kuasa Barat
D Kemasukan pekerja asing
3. Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada firma Jourdain Sullivan and de Souza?
A Mengembalikan jajahan takluknya
B Membantu memamjukan Kuala Kedah
C Menentang tentera Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah
D Mendapatkan bantuan ketenteraan untuk menentang Siam
Peristiwa |
Firma Jourdain Sullivan and de Souza menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa. |
4. Apakah kesan daripada peristiwa di atas?
A Firma menjadikan Kuala Kedah sebagai pelabuhan.
B Sultan Muhammad Jiwa dapat menguasai Kuala Kedah semula.
C Berlaku pergaduhan antara Sultan Muhammad Jiwa dengan kerabat diraja Kedah.
D Perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan Firma berniaga di Kuala kedah.
5. Peristiwa dalam jadual berikut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kerabat diraja Kedah.
Tahun | Perkara |
1770 | Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda kedah |
Mengapakah kerabat diraja tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut?
A Tidak berwibawa
B Bukan anak gahara
C Berketurunan Bugis
D Kurang berpendidikan
Kepentingan perdagangan SHTI di Tanah Melayu akan terjejas akibat dasar monopoli Belanda. Tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang melegakan mereka. |
6. Apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan maklumat di atas?
A Menanam tebu di tepi bibir
B Harapkan pagar, pagar makan padi
C bagai menatang minyak yang penuh
D Bagai pucuk dicita, ulam mendatang
7. Mengapakan SHTI enggan memberikaan bantuan kenteraan kepada Kedah ketika diancam oleh Siam?
A SHTI kekurangan tentera dan peralatan perang
B SHTI enggan masuk campur dalam peperangan tersebut
C Mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
D Bimbang Siam akan membalas dendam kepada SHTI
8. Mengapakah SHTI memerlukan kawasan di atas?
A Menguasai politik di Seberang Perai.
B Memajukan ekonomi Seberang Perai.
C Mengukuhkan kekuatan SHTI dan pengaruhnya.
D Mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang.
Raja Belanda telah menandatangani Surat-Surat Kew pada tahun 1795 dengan kerajaan British |
9. Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan perjanjian tersebut?
A Perancis Berjaya menguasau wilayah Belanda di Timur.
B SHTI mendapat kesempatan untuk menguasai Melaka dan Singapura.
C SHTI memulangkan Melaka dan Betawi kepada British apabila Belanda ditawan oleh Perancis
D Belanda menyerahkan secara sementara semua tanah jajahan di Timur kepada kerajaan British
“Percayalah ... Singapura tiada tolok bandingnya, lebih berharga daripada sebuah benua”. Stanford Raffles |
10. Mengapakah Raffles berpendapat sedemikian?
A Singapura boleh menyekat pengaruh Belanda
B Singapura akan menjadi pelabuhan bebas di Timur
C Singapura mampu mengawal kegiatan lanun
D Singapura sesuai dijadikan pangkalan tentera British di Timur
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment