Tuesday, January 25, 2011

Nota Ulangkaji - Pentadbiran Malayan Union

PENTADBIRAN MALAYAN UNION 1946

Dalam mengkaji tajuk di atas, pelajar harus memahami aspek-aspek berikut:
1.    Apakah tujuan atau sebab musabab British melaksanakan Pentadbiran Malayan Union.
2.    Apakah ciri-ciri yang menjadi rangka Perlembagaan Malayan Union.

Pendahuluan:
1.    Pelajar sedia maklum bahawa Pentadbiran Malayan Union telah diisytiharkan pada 1.4. 1946, di King’s House, Kuala Lumpur.  Di mana Sir Edward Gent, telah dilantik sebagai Gabenor pertama Malayan Union.
2.    Pembentukan Pentadbiran Malayan Union sebagai usaha British mengukuhkan pengaruh politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
3.    Malayan Union adalah satu bentuk pentadbiran yang bersifat kesatuan dan merupakan penjajahan secara mutlak British ke atas Tanah Melayu.
4.    Status Tanah Melayu berubah daripada negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.

Tujuan Penubuhan Malayan Union:
1.    Membentuk satu bangsa Malayan Union:
·         Pembentukannya akan mendorong golongan imigran memberikan taat setia kepada Malayan Union.
2.    Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu.
·         Ini kerana orang Melayu dipercayai telah memberikan sokongan atau kerjasama kepada pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
3.    Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British.
·         Perbezaan pentadbiran, antara Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu telah menelan belanja yang tinggi.
4.    Menjamin terus penguasaan British ke atas sumber ekonomi Tanah Melayu
·         Tanah Melayu merupakan pengeluar getah dan bijih timah utama dunia.  Oleh itu dengan menguasai Tanah Melayu British secara langsung dapat menguasai sumber-sumber eknomi tersebut.
5.    Mengukuhkan pertahanan British
·         Dengan melaksanakan pentadbiran ini, British dapat mengukuhkan pertahanan mereka di Tanah Melayu dan juga Asia Tenggara.
6.    Memastikan sumbangan golongan imigran
·         Golongan ini merupakan sumber tenaga kerja dan pelabur yang akan memaju dan mengembangkan ekonomi British di Tanah Melayu.
7.    Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam
·         Tiga sistem pentadbiran iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu amat merumitkan.  Oleh itu ketiga-tiga pentadbiran perlu disatukan akan memudahkan pentadbiran British.
8.    Menyediakan Tanah Melayu ke arah pembentukan kerajaan sendiri.
·         Pentadbiran Malayan Union sebagai persediaan untuk mengembalikan pentadbiran kepada penduduk Tanah Melayu.

Ciri-Ciri Perlembagaan Malayan Union:
1.    Menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang) dalam satu unit politik (Kesatuan).
2.    Ketua Malayan Union ialah Gabenor British yang dilantik oleh Raja England.
3.    Pembentukan Majlis Kerja dan Majlis Undangan Malayan Union.
4.    Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip Jus Soli yang menjadi asas kerakyataan Malayan Union.
5.    Raja-raja menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang membincangkan soal-soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
6.    Ketua Pentadbir Negeri ialah Pesuruhjaya Negeri.
7.    Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.

Beberapa konsep yang perlu difahami:
a.    Negeri Naungan --> Negeri yang dilindungi dan Raja-raja masih menjadi ketua negeri
b.    Tanah Jajahan Mahkota --> Kuasa British secara langsung dan berada di bawah parlimen British.
c.     Jus Soli --> Kerakyatan yang diberikan berdasarkan tempat kelahiran seseorang.
d.    Penjajahan secara mutlak --> kekuasaan sepenuhnya sesbuah kuasa ke atas sesebuah negara.

SEKIAN

No comments:

Post a Comment