Perhatian kepada semua murid kelas 3 Anggerik dan 3 Annur :  Di sini cikgu lampirkan nota tajuk bab 1 (Pendudukan Jepun di Negara Kita).  Rujuk buku teks anda.
Soalan-soalan berkaitan akan diberikan, sila layari blog ini dari masa ke semasa.
                                  
                                  
BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN
1.    Pemerintahan Tentera Jepun
- Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
 
a.    Jepun menjadi kuasa imperialis pada zaman Maharaja Meiji (1868 – 1912)
b.    Pemerintahannya bercorak ketenteraan dengan mengutamakan pemodenan dan perindustrian
c.     Kemenangan ke atas Rusia (1905) menjadikannya sebuah kuasa besar.
d.    Jepun ingin meluaskan kuasa kerana:
i.              Kekurangan tanah pertanian
ii.     Keperluan bahan mentah untuk industrinya
iii.    Meluaskan pasaran barangan kilangnya
iv.    Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat
e.    Jeneral Tojo memulakan serangan ke Asia Tenggara selepas kemenangan Perang China-Jepun (1940)
f.     Jepun menggunakan slogan untuk mempengaruhi penduduk tempatan
i.              Asia Untuk Orang Asia
ii.             Semangat Asia
iii.    Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
g.    Serangan Jepun ke Tanah Melayu bermula di Pantai Sabak, Kota Bahru (8 Dis), Jitra (26 Dis), Alor Star (13 Dis), Ipoh (26 Dis), Slim River (7 Jan), Kuala Lumpur (11 Jan), Batu Pahat (21 Jan), Johor Bahru (31 Jan) dan Singapura (15 Feb).
h.    British menyerah kalah secara rasmi di Singapura, apabila Leftenan Jeneral A.E. Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki.
i.      Di Sabah dan Sarawak, serangan Jepun bermula di Miri dari Teluk Cam Ranh, Vietnam seterusnya mara ke Kucing dan Sibu.
j.     Tentera Jepun mara dengan menggunakan kapal terbang perang, kereta kebal pengempur, kapal perang, bot dan basikal.
k.    Serangan Jepun menyebabkan kemusnahan harta benda, insfrastruktur awam, sumber ekonomi dan dokumen kerajaan kerana tentera British mengamalkan taktik ‘bumi hangus’.
l.     Kemaraan tentera Jepun gagal disekat oleh tentera bantuan dari India, Australia dan British.
- FaKtor      Kejayaan Jepun
 
- Penggunaan      kapal terbang pejuang dan kereta kebal yang moden dan sesuai dengan muka      bumi Tanah Melayu
 
- Thaioland      member laluan kepada tentera Jepun untuk menyerang Tanah Melayu.  Sebagai balasan, Kelantan, Terangganu,      Kedah dan Perlis diserahkan kepada Thailand.
 
- Seranganmengejut      ke atas, Pearl Harbour, Hawaii, Pengkalan tentera Amerika Syarikat.
 
- Serangan      dari arah utara kerana pengkalan tentera British di Singapura
 
- Peranan      KMM (Kesatuan Melayu Muda) membantu menyebarkan propaganda, memberi      maklumat perisikan dan menjadi penunjuk arah tentera Jepun.
 
- Semangat      juang tentera Jepun yang sanggup mati demi kemegahan dan ketaatan kepada      Maharaja Jepun.
 
- Pengalaman      berperang di dalam hutan semasa Perang China-Jepun.
 
- Tentera      Jepun Berjaya memenangi hati penduduk tempatan dengan slogan “Asia Untuk      Orang Asia”
 
- Aktiviti      perisikan yang berkesan oleh tentera Jepun
 
- Tentera      British kurang pengalaman berperang, latihan dan alatan.
 
- Askar      India telah belot dan bersikap anti-British
 
- British      hanya menumpukan pertahanan di Singapura.
 
- Dasar      Pemerintahan Jepun
 
- Pemerintahan      Jepun bercorak ketenteraan.
 
- Pentadbiran      di Tanah Melayu dan Singapura diasingkan.
 
i.      Tanah Melayu – Malai Baru (Melayu Baru)
ii.     Singapura - Syonan
- Pentadbiran      terbahagi kepada pentadbiran pusat dan wilayah.  Singapura menjadi pusat      pentadbiran.  Pentadbiran dikuasai      oleh Pengarah Agung manakala wilayah atau negeri-negeri diketuai oleh      Gabenor Wilayah.
 
- Kedah,      Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada kerajaan Thailand kerana      member laluan dan bekerjasama dengan tentera Jepun.
 
- Sabah,      Sarawak dan Brunei digabungkan pentadbiran menjadi Borneo Utara.
 
- Pentadbiran      Borneo Utara diketuai oleh seorang Gebenor Jeneral berpusat di Kuching.
 
- Sabah dan      Sarawak dibahagikan kepada beberapa wilayah dan diketuai oleh seorang      Gebenor Wilayah.
 
1      Aspek Politik
a.    Sultan kehilangan kuasa memerintah tetapi diberi elaun.  Baginda hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
b.    Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun
c.     Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan menjelang kekalahan Jepun.
2      Aspek Ekonomi
a.    Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi hanya untuk perindustrian dan membiayai peperangan
b.    Sistem mata wang Jepun diperkenalkan
c.     Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan
d.    Catuan makanan dikenakan
e.    Syarikat Jepun (Kaisha) diberi layanan istimewa.
3      Aspek Sosial
a.    Sekolah Inggeris dan Cina diharamkan untuk menghapuskan pengaruh mereka
b.    Lagu Kebangsaan Jepun (Kamigayo) dinyanyikan setiap pagi di sekolah untuk memupuk semangat tata setia kepada Maharaja Jepun.
c.     Bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di sekolah,  Cuti umum dan perayaan mengikut negara Jepun.
d.    Orang Melayu dilayan dengan baik untuk mendapatkan kerjasama mereka.
e.    Orang Cina dilayan dengan kejam kerana disyaki bersubahat membantu kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
f.     Orang India dilayan dengan baik dengan harapan membantu mereka mengusir British di India.
- Reaksi      Penduduk
 
Dasar pemerintahan Japun juga meninggalkan pelbagai tekanan dan emosi kepada penduduk tempatan berikutan dasar ketenteraan dan kekejaman.
- Kekalahan      Jepun
 
Menjelang 1945, tentera Bersekutu mendesak tentera Jepun menyerah diri sebelum bom atom digugurkan di Horoshima pada 8 Ogos 1945.
- Kesan      Pemerintahan Tentera Jepun
 
Pemerintahan Tentera Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan politik, ekonomi dan social ke atas penduduk Tanah Melayu
 
wow bagusnye nota ni. walaupon ringkas ia berkualiti
ReplyDeleteTERBAIK !
ReplyDelete