Friday, January 7, 2011

Latihan 2 Kelas 3 Annur & 3 Anggerik : mohon hantar pada @ sebelum 12.1.2011

Latihan 2 : bab1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Sila jawab semua soalan berikut:  Print atau tulis semula dalam buku latihan anda.


Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan iaitu A, B, C atau D.  Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.

1.      Bilakah kedaulatan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis bermula? (AT)
         A    Semasa pemerintahan Syogun  Tokogawa
         B    Semasa pemerintahan Maharaja Meiji
         C    Semasa pemerintahan Samurai
         D    Semasaa pemerintahan tentera

2.      Negara manakah diambil oleh Jepun sebagai odel untuk memajukan negara? (AR)
         A    Negara-negara komunis
         B    Negara-negara Timur Tengah
         C    Negara-negara Amerika Latin
         D    Negara-negara Barat

Soalan 3 berdasarkan pernyataan di bawah.

         Kemenangan Jepun terhadap Rusia
         dalam perang Rusia-Jepun pada tahun
         1905.

3.      Apakah kesan kemenangan tersebut terhadap Jepun? (AS)
         A    Jepun disanjung dan disegani
         B    Jepun digeruni oleh Negara-negara Barat
         C    Jepun menjadi kuasa terkenal dunia
         D    Jepun dianggap sebagai kuasa besar

4.      Perluasan kuasa Jepun didorong oleh beberapa factor terutamanya factor ekonomi.  Apakah factor ekonomi tersebut? (AS)
         I     Memerlukan bekalan bahan mentah
         II    Memerlukan modal
         III   Memerlukan pelaburan dari luar
         IV   Memerlukan kawasan pertanian baru
         A    I dan II           C    III dan IV
         B    II dan III         D    I dan IV

5.      Terdapat beberapa faktor perluasan kuasa Jepun di Asia Tenggara.
         Apakah faktor dalaman yang membawa kepada perluasan kuasa tersebut? (AS)
         I     Jepun menghadapi masalah ekonomi yang terdesak
         II    Pemerintahan Negara Jepun dipengaruhi oleh golongan tentera
         III   Jepun menghadapi masalah hubungan dengan Negara-negara barat
         IV   Jepun menghadapi tekanan daripada Negara Rusia dan China
         A    I dan II           C    III dan IV
         B    II dan III         D    I dan IV

6.      Apakah factor yang mendorong Jepun melancarkan serangan dan penaklukkan ke atas Negara-negara di Asia Tenggara semasa perang Dunia Kedua? (AS)
         A    Untuk menyebarkan kebudayaan Jepun
         B    Untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
         C    Untuk membebaskan Asia Tengara daripada cengkaman penjajah
         D    Untuk menguji kekuatan  tentera Jepun

Soalan 7 berdasarkan jadual berikut.

         1932 – Menakluki Mancuria
         1937 – Menakluki China
         1941 – Menyerang Indochina

7.      Apakah lengkah-langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat akibat tindakan Jepun tersebut? (AR)
         A    Mengebom Bandar raya Nagasaki dan Hiroshima
         B    Mengepung Pelabuhan di Jepun
         C    Mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun
         D    Mengisytiharkan Perang Pasifik

Soalan 8 berdasarkan jadual berikut

·         Kekurangan kawasan pertanian
·         Kekurangan bahan mentah

8.      Maklumat di atas adalah dua masalah yang dihadapi oleh Jepun pada abad ke-20
         Apakah faktor yang menyebabkan kedua-dua masalah tersebut timbul? (AT)
         A    Kejayaan proses pemodenan Jepun
         B    Kejayaan perluasan kuasa Jepun
         C    Meletusnya Perang Pasifik
         D    Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat
 
Soalan 9 berdasarkan jadual di bawah.

·         Asia untuk orantg Asia
·         Semangat Asia

9.      Apakah strategi Jepun menyebaarkan propaganda di atas? (AT)
         A    Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara
         B    Menyemarakkan semangat kebangsaan Jepun
         C    Memajukan ekonomi di Asia Tenggara
         D    Mendapat sokongan rakyat tempatan

10.    Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Singgora dan Pattani dalam masa yang singkat iaitu kurang tujuh puluh hari, tentera Jepun Berjaya menawan Tanah Melayu. (AR)
         I     Mempunyai anggota tentera yan gberani dan berdisplin
         II    Memperoleh maklumat perisikan yang lengkap
         III   Mendapat sokongan penduduk tempatan
         IV   British kekurangan tentera
         A    I, II dan III      C    I, III dan IV
         B    I, II dan IV      D    II, III dan IV

11.    Apakah factor yang menyebabkan kapal perang British “Repulse”  dan “Prince of Wales” Berjaya ditenggelamkan oleh Jepun? (AR)
         A    Kelengkapan kapal tersebut telah usang
         B    Diserang oleh tentera berani mati Jepun
         C    Terkena periuk api Jepun
         D    Diserang kapal selam Jepun

         Beliau bersama-sama anggotanya dalam
         Rejimen Askar Melayu telah gugur
         Mempertahankan Negara di Bukit Gap
         Singapura

12.    Siapakah yang dimaksudkan di atas? (AR)
         A    Leftenan Ali
         B    Leftenan Adnan
         C    Leftenan Awang
         D    Leftenan Ahmad Adli

13.    Mengapakah Jepun menggunakan basikal dalam serangan mereka ke atas Tanah Melayu? (AT)
         A    Harga basikal murah dan mudah diperoleh
         B    Mudah melalui jalan sempit dan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari
         C    Basikal menjadi kesukaan tentera Jepun keran mudah dikendalikan
         D    Boleh membawa banyak peralatan dan senjata

         Pada 15.2.1942, Leftenan Jeneral
         A.E Percival terpaksa menyerah diri
         Kepada Leftenan Jeneral Yamashita
         Tomoyuki di Singapura

14.    Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa tersebut? (AT)
         A    Jangan mudah terpengaruh dengan propaganda musuh
         B    Kita hendaklah mengharapkan kuasa asing mempertahankan Negara kita
         C    Kita mesti berjuang bermati-matian bersama penjajah untuk mempertahankan tanah air
         D    Kita tidak akan mengharapkan kuasa asing mempertahankan tanah air kita sendiri

Soalan Tamat – Selamat Menjawab

2 comments: