Sunday, March 20, 2011

Panduan Menulis Esei Kerja Kursus Sejarah


PANDUAN PENULISAN ESEI KERJA KURSUS SEJARAH
[Untuk dapat kan panduan sila muat turun]

Tajuk                     :     Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Kunci Kata              :     a.         Institusi pentadbiran tempatan (institusi yang anda kaji - Pihak Berkuasa Tempatan, Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah dan Pentadbiran Komuniti Setempat)
                                    b.         Memperkukuhkan integrasi nasional

Integrasi                :     Penggabungan atau pergabungan dua beberapa kaum menjadi satu kesatuan.
Integrasi Nasional  :     Pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk agar mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, bebas, merdeka dan cemerlang, berakhlak mulia dan utuh, toleren dan berdaya saing.

Pastikan esei anda mempunyai sekurang-kurangnya 4 unsur patriotisme yang terdapat dalam jadual berikut:

KOD
JUMLAH UP
UNSUR PATRIOTISME
UP1-5
4
Mengandungi 4 unsur patriotisme
Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
UP1
a  menghormati raja dan pemimpin negara

b  menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

c  menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)

d  menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

e  menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

f  berbangga dengan sejarah negara

3
Mengandungi 3 unsur patriotisme
Bersemangat Setia Negara
UP2
a cinta akan bangsa dan negara

b  taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

c  sedia berkorban untuk bangsa dan negara

d  bertanggungjawab kepada bangsa dan negara

e  berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

f  peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

g  bersyukur sebagai warganegara Malaysia

2
Mengandungi 2 unsur patriotisme
Bersemangat Kekitaan
UP 3
a  bersatu padu dan berharmoni

b  bertolak ansur dan bertoleransi

c  bekerjasama dan tolong-menolong

d  hormat-menghormati

e  bersefahaman dan bermuafakat

f  muhibah atau semangat bermasyarakat

1
Mengandungi 1 unsur patriotisme
Berdisiplin
UP 4
a  berakhlak dan berbudi pekerti mulia

b  mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

b  mematuhi peraturan dan undang-undang

c  berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

d  bertindak wajar

e  bersifat amanah dan jujur

f  berlaku adil dan bertimbang rasa


Lain-lain unsur patriotisme
Berusaha dan Produktif
UP 5
a  rajin dan gigih

b  berdikari

c  tabah menghadapi cabaran

d  menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

e  berganding bahu membangunkan negara

f  berilmu dan berketrampilan


Contoh bagaimana unsur-unsur di atas dimasukkan ke dalam esei.

“ Institusi pentadbiran tempatan seperti Majlis Daerah, dapat memperkukuhkan perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dengan mewujudkan masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa (UP3),  menerusi penglibatan semua kaum, contohnya melalui program gotong royong membersihkan taman.  Kesanggupan dan penglibatan masyarakat dalam melaksana dan merealisasikan program tersebut, menunjukkan kesediaan dan kerelaan mereka untuk berkorban masa dan tenaga (UP3) demi kebersihan taman dan negara tercinta.  Dalam menjayakan program di atas juga , akan terjelmalah semangat saling berkerjasama dan bersefahaman (UP2) ketika melaksanakan aktiviti”.

[perkataan yang di’bold’kan menunjukkan bagaimana unsur patriotisme dimasukkan dalam esei]

Sekian, selamat berjaya

10 comments:

  1. terima kasih cikgu...ini amat membantu!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    sy nurul jannah. cikgu, sy ingin bertanya berkenaan kerja kursus sejarah ni.
    ad dilampirkan atau tidak contoh sebenar bentuk folio ini. panduan yg cikgu berikan sudah lengkap, tp pd sy, pelajar masih tidak dapt gambaran sebenar cara utk membuat nye. di harap cikgu dapt menunjukkan contoh tersebut.tq

    ReplyDelete
  3. THANK YOU IDRIS JOHARI! <3

    ReplyDelete
  4. cikgu, tugasan 2 tu ialah elemen 3 ke ?

    ReplyDelete
  5. salam , saya nur amirah , nakk tanye takk pea kea ? kalau esei tu takk cukup dr 100 patah perkataan ?

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas panduan ni. sangat berguna kpd saya sbg pelajar f3. from smk alor akar kuantan.

    ReplyDelete
  7. ada tak contoh esei untuk elemen 3 pmr 2012??[belilah barangan buatan malaysia]

    ReplyDelete