Tuesday, March 29, 2011

Kepada semua calon PMR : Kerja Kursus Sejarah

Assalamualaikum wbt.  maaf cikgu tidak dapat memberikan maklum balas segera kepada semua pertanyaan berkaitan kerja kursus.  Cuma dapat cikgu nasihatkan, jangat difikirkan 'SUSAH', maka susahlah jadinya.  Calon-calon kena gandakan sedikit usaha, laksanakan secara berkumpulan. Lihat semula semua saranan dan panduan yang telah cikgu berikan dalam blog.

a) Lawatan ke tempat kajian - jika dapat membuat laporan terpeinci lebih baik, jika tidakpun cukup sekadar membuat catatan apa yang dilihat, carta, fakta dan sebagainya.  Ambil gambar anda di tempat kajian sebagai bukti.  Jika guru anda perlukan cop hidup institusi tersebut, cikgu nasihatkan calon dapatkan surat daripada pihak sekolah,  cuma minta pegawai institusi berkenaan menurunkan cop jabatannya sahaja.

b) Pada yang membuat tajuk Felda , selain Laman Web Felda, rujuk juga, beberapa siri akhbar UM contohnya keluaran Khas Aspirasi Glokal,  ICT Jelas, Buku NAJIB - rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan , Creatif learning Mind, 2009, Buletin felda dan sebagainya.  Kunjungi pihak yang berkaitan untuk mendapatkan sumber.

c) Objektif kajian - iaitu tujuan, sebab, kepentingan atau apa yang akan diperolehi melalui kajian tersebut kepada diri sendiri, masyarakat, negara, generasi akan datang dan sebagainya.  Rujuk contoh kajian yang telah cikgu uploadkan.

d) Contoh esei - rujuk bahan pada 20.3.2011

e) Apa institusi yang anda kaji, aspek kajian adalah serupa. (lihat panduan pada 15.3.2011)
           -Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain, Lokasi
- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
- Carta organisasi dan senarai pentadbir
- Latarbelakang institusi
- Peranan
- Perkembangan
     
Semoga panduan ringkas ini dapat membantu.  Selalulah bertanya guru anda.


13 comments:

  1. kalo nk buat tentang masjid mcm mana pulak cikgu??? SMKJ2

    ReplyDelete
  2. mana nak cari pasal undang undang tubuh/undang undang kecil/garis panduan penubuhan FELDA? - ennafyqa

    ReplyDelete
  3. Masjid di bawah tajuk pentadbiran rumah ibadat, cara membuatnya serupa sahaja. Undang-undang tubuh/kecil/garis panduan berkaitan FELDA boleh didapati daripada pihak pengurusan felda.

    ReplyDelete
  4. Agak-agak tajuk Keda susah tak cikguu ? Mana nak cari bahan dia selain internet eh ? lahaii ,

    ReplyDelete
  5. kene cari pihak pengurusan FELDA la??

    ReplyDelete
  6. Terpulang, jika rasanya ada keperluan, anda boleh berjumpa dengan pihak pengurusan felda. Sama ada untuk menemuramah atau pun untuk mendapatkan bahan-bahan sumber. Untuk tajuk KEDA, shafinaz, anda boleh berhubung dengan pihak pengurus KEDA untuk mendapatkan bahan-bahan.

    ReplyDelete
  7. Cikgu, kertas-kertas yang dibagi oleh guru saya seperti elemen 1,2,3. Perlukah saya meletakkan kertas tersebut ke dalam lampiran kerja kursus? ataupun kertas tersebut digunakan sebagai rujukan sahaja?

    ReplyDelete
  8. perincian peranan/tanggungjawab bidang tugas pentadbir tu ap ?

    ReplyDelete
  9. cikgu , untuk latar belakang felda , selain daripada membuat lawatan dan sebagaainya , mana lagi website yang saya boleh dapatkan maklumat ? harap cikgu dapat membantu , terima kasih . nik azura , sabkl .

    ReplyDelete
  10. ckgu.. assalamualaikum.. Sye na tnye.. kat mnew sye bley jmpe undang - undang tubuh FELDA?? sye da cri tpy ta jumpe.. bley ckgu bgy tips??

    ReplyDelete
  11. cikgu, bleh buatkan esei contoh tu sampai abes x?
    senang la sket nk wat contoh..
    harap ckgu buatkan..

    ReplyDelete
  12. undang2 tubuh nk cari mna?

    ReplyDelete
  13. ye la ckgu...sy pnye cri, pnye cri..xdpt arx ckgu...perincian peranan(felda)nk cri kt mne eqh..
    (smk wangsa maju seksyen 2)

    ReplyDelete