Saturday, February 5, 2011

Nota Pembelajaran 2, Bab 2 Ting. 3

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948

Empat aspek yang perlu diberikan perhatian:
1.    Rundingan ke arah penggubalan Perlembagaan PTM
2.    Sebab-sebab pembantukan PTM
3.    Ciri-ciri Perlembagaan PTM
4.    Membanding-bezakan ciri-ciri perlembagaan MU dan PTM
Pendahuluan:
1.    PTM telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948, bagi menggantikan Malayan Union.
2.    Penubuhan PTM merupakan kejayaan penting kepada orang Melayu kerana mendapat semula kedudukan politik dan maruah diri.
Langkah-langkah ke arah penubuhan PTM
1.    Rundingan awal antara British dan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada bulan Mei 1946 dan rundingan British dan UMNOI di Pulau Pinang pada Jun 1946.
2.    British akhirnya terpaksa mengadakan Rundingan rasmi antara dengan Raja-raja Melayu dan UMNO.
3.    Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif pada 25 Julai 1946.  Jawatankuasa ini dianggotai oleh Pegawai Kanan British, wakil Raja-raja dan wakil UMNO.
4.    Perbincangan diadakan beberapa kali di King House, Kuala Lumpur.
5.    Beberapa tuntutan oleh UMNO
a.    Menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
b.    Menubuhkan sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
c.     Menolak kerakyatan ‘Jus Soli’
d.    Taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan.
e.    Raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.
Sebab British bersetuju membentuk PTM
1.    British tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan.
2.    British ingin menjalankan dasar ‘dekolonisasi’ yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
3.    British tidak mahu Parti Komunis Malaya (PKM) mempengaruhi orang Melayu.
4.    Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British.
5.    Sikap pemimpin UMNO yang sentiasa berunding bagi menyelesaikan sesuatu isu.
Ciri-ciri Perjanjian PTM
1.    Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan.
2.    Majlis Raja-raja Melayu menggantikan Majlis Melayu.
3.    Orang Melayu diberikan perlindungan istimewa dan diletakkan di bawah kuasa Pesurruhjaya Tinggi British.
4.    Syarat kerakyatan diperketatkan.
5.    Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri kecuali Singapura.
6.    Pesuruhjaya Tinggi menjadi Ketua Persekutuan, dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
Perbezaan pentadbiran Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Aspek Perbezaan
Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu
Ketua pentadbiran
Gabenor British
Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-raja Melayu
Kuasa di peringkat pusat
Parlimen British
Majlis Mesyuarat Eksekutif,
Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, Majlis Raja-raja Melayu
Kuasa di peringkat negeri
Pesuruhjaya Negeri-negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan, Menteri Besar, dan Majlis Mesyuarat Negeri
Ketua agama dan adat istiadat Melayu
Gabenor British
Sultan negeri
Bahasa pentadbiran
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

TAMAT

1 comment:

  1. blog cikgu banyak membantu saya yg baru stat mengajar sejarah..tqvm

    ReplyDelete