Saturday, February 5, 2011

Nota Pembelajaran & latihan Bab 2 Tingkatan 2

SISTEM RESIDEN DAN PERSEKUTUAN (NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU)

Objektif Pembelajaran
·         Tindakan-tindakan Residen yang dianggap menggugat kuasa Sultan dan pembesar.
·         Faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896.
·         Kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896.

Sistem Residen
1.    Sistem residen diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu pada kurun ke-19.
2.    Negeri-negeri yang terlibat ialah:
Negeri
Residen
Perak
J.W.W. Birch
Selangor
J.G. Davidson
Negeri Sembilan
Martin Lister
Pahang
J.P. Rodger
3.    Di bawah Sistem Residen, negeri-negeri ini berstatus negeri naungan British.
4.    Sultan dan pembesar  Melayu telah kehilangan kuasa kerana:
a.    Sultan mesti mematuhi dan melaksanakan nasihat Residen, kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
b.    Residen berkuasa melaksanakan semua urusan pentadbiran negeri.
c.     Hak dan kuasa pungut cukai diambil alih oleh pemungut Hasil dan majistret.
d.    Residen mencabuli adat dengan menghapuskan sistem perhambaan.
e.    Sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu dirombak bagi mengukuhkan kedudukan British.

Pembentukan Neger-Negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan 1896)

1.    Sistem Residen mempunyai beberapa kelemahan
a.    Tiada garis panduan perlaksanaan tugas yang jelas
b.    Residen bertindak sebagai pemerintah dan menjadi terlalu berkuasa
c.     Gabenor Negeri-negeri Selat gagal mengawal tindakan Residen
d.    Pentadbiran setiap negeri tidak seragam dan mempunyai undang-undang sendiri.
2.    Bagi mengatasi semua permasalahan tersebut, Perjanjian Persekutuan 1896 telah ditandatangani pada  1 Julai 1986 bagi membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
3.    Antara faktor lain pembentukan Persekutuan ialah:
Faktor
Huraian
1
Masalah kewangan di Pahang
British membiayai kos tinggi bagi menghadapi kebangkitan pejuang rakyat Pahang
2
Perkongsian kepakaran
Menjimatkan kos tenaga pakar seperti doctor, jurutera dan juruukur.
3
Sistem perhubungan
Pembangunan jalan raya dan jalan kereta api antara negeri dapat diselaraskan
4
Pertahanan dan keselamatan
Kekuatan tentera dapat dikongsi untuk menjamin keselamatan serta mematahkan pemberontakan di setiap negeri.

4.    Ciri-ciri Persekutuan 1986.
a
Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran
b
Menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
c
Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham
d
Residen Jeneral tertakluk kepada kuasa Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura

Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
1.    Kuasa pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral.
2.    Residen Jeneral juga berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
3.    Beberapa jabatan baru ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British.
1
Jabatan Kehakiman
2
Jabatan Kewangan
3
Jabatan Perhubungan
4
Jabatan Perkhidmatan Awam
5.    Peranan orang Melayu dalam pentadbiran amat terhad.
6.    bagi menghilangkan perasaan tidak puas hari Raja-raja Melayu, British menubuhkan Durbar ( Persidangan Raja-raja Melayu).
7.    Durbar berfungi dalam perkara-perkara berkaitan adat istiadat Melayu, agama Islam  dan  kebajikan orang Melayu.
8.    Dua persidangan Durbar
a.    Durbar pertama pada 1897 di Kuala Kangsar
b.    Durbar kedua pada 1903 di Kuala Lumpur
9.    Pada Durbar kedua Sultan Idris (perak), telah membangkitkan isu-isu berikut:
1
Mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu
2
Menambah pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam
3
Melantik pegawai Melayu ke jawatan lebih tinggi
4
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
10.  Pada tahun 1909 British memansuhkan Durbar dan digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan.
11.  Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.
12.  Kerajaan British telah mengambalikan kuasa kepada Majlis Mesyuarat Persekutuan.

LATIHAN

1.    Sultan Abdullah marah terhadap Residen J.W.W Brich di Perak kerana dianggap mencampuri adat Melayu.  Apakah tindakan Residen yang dianggap melanggar adat tersebut?
A    Mencampuri urusan pentadbiran agama Islam
B    Menghapus amalan perhambaan
C    Menghapuskan pemajakan kawasan perlombongan
D    Memperkenalkan sistem perundangan Barat

2.    Mengapakah Residen British kerapkali bertindak melampaui bidang tugasnya di negerinegeri Melayu?
A    Residen tidak mempunyai garis panduan untuk laksanakan tugas
B    Residen sentiasa menerim ancaman daripada pembesar tempatan
C    Residen ingin mengaut kekayaan demi kepentingan peribadi
D    Residen menganggap dirinya terlalu berkuasa berbanding Sultan

 
Tahun               :           1898
Peristiwa          :           Durbar pertama
Tempat             :           Kuala Kangsar

3.    Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah pihak British menubuhkan Durbar?
A    Untuk memberikan peluang pada pembesar tempatan berbincang dengan pihak British
B    Untuk mengurangkan kuasa pentadbiran di tangan Residen
C    Untuk member peluang raja-raja Melayu berbincang dengan wakil British
D    Untuk menyeragamkan pembangunan di negeri-negeri Melayu

Faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
·         Residen terlalu berkuasa
·         Krisis kewangan Pahang
·         X

4.    Faktor ‘X’ dalam rajah di atas merujuk kepada
A    pentadbiran tidak seragam
B    perang merebut kuasa
C    pemusatan kuasa sultan
D    desakan pelabur Eropah

1896
Negeri-negeri Melayu Bersekutu

5.    Kesan daripada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di atas ialah
A    kuasa Residen dikurangkan
B    kuasa Raja-raja Melayu dipulihkan
C    kemasukan pelabur dari Eropah diselaraskan
D    kemasukan imigran menjadi semakin terancang

TAMAT

No comments:

Post a Comment