Wednesday, February 2, 2011

Nota Pembelajaran 1, Bab 2 Tingkatan 3


PENUBUHAN UMNO 1946

Dalam mengkaji tajuk di atas, pelajar harus meneliti aspek-aspek berikut:
1.    Peristiwa yang membawa kepada penubuhan UMNO.
2.    Peranan tokoh-tokoh dalam jawatankuasa yang menggubal perlembangaan UMNO.
3.    Usaha-usaha UMNO dalam penyatuan orang Melayu.
4.    Mentafsir lambang-lambang dan bendera UMNO.

Pendahuluan:
1.    UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, hasil keputusan Kongres Melayu 1946, bertempat di Istana Besar, Johor Bahru.
2.    Penubuhannya disokong oleh 29 buah persatuan.
3.    Presiden pertamnya ialah Dato’ Onn bin Jaafar.

Tujuan Penubuhan
1.   Berubah mengikut masa dan keperluan parti.
Tujuan 1946
a.   menentang Malayan Union
b.   Menyatukan orang Melayu
c.   Mengadakan satu organisasi nasional
Tujuan 1949
a.   Menjadi sebuah parti politik (siasah)
b.   mendirikan kerajaan yang merdeka
c.   memajukan negara dalam perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan  ikhtisas orang Melayu.

2.   Secara umumnya tujuan penubuhan UMNO ialah:
a.   Menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu.
b.   menjana pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu.
c.   menjaga kedaulatan negara.

Perjuangan Tokoh-Tokoh UMNO
1.   Tokoh-tokoh ini terlibat secara langsung dalam penggubalan perlembagaan UMNO
a
Dato’ Onn bin Jaafar
b
Dato’ Panglima Bukit Gantang
c
Dato’ Nik Ahmed Kamil
d
Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

 Perjuangan dan Perkembangan UMNO
1.   Perjuangan UMNO
a.    Menyatupadukan orang Melayu
b.    Menumbangkan Malayan Union
c.     Menghapuskan sifat kenegerian dan kedaerahan orang-orang Melayu
d.    Mewujudkan sebuah parti politik bersifat kebangsaan
e.    Memperjuangkan ketuanan Melayu
f.     Memajukan pendidikan orang Melayu
g.    Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu

2.   Piagam UMNO 1946
a.   Sebagai alat perpaduan untuk UMNO beroperasi
b.   merupakan perlembagaan UMNO pertama
c.   pada 24.4.1948, UMNO menjadi parti politik.
d.   Perlembagaan UMNO pertama diluluskan pada tahun 1949.

3.   Logo UMNO
a.   Mengandungi beberapa perkataan dalam tulisan jawi  (pa, kap, mim, ba, ra) atau PEKEMBAR

4.   Slogan UMNO
a.   ‘HIDUP MELAYU’ --> bertujuan menyatukan ahli-ahli UMNO
(orang Melayu disaran memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, supaya tanah air dan bangsa terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang boleh menyebabkan kebinasaan dan kehapusan bangsa)
b.   Pada Mac 1950 slogan UMNO bertukar kepada ‘MERDEKA’ (Cadangan Syeikh Gharied Raub – pemuda UMNO Batu Pahat)

5.   Bendera UMNO
a.   pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak
b.   Cadangan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
c.   Dikibarkan pertama kali di Mesyuarat Agong UMNO ke tiga di Pulau Pinang pada 27 Julai 1947.
c.   Bendera UMNO merupakan lambang perpaduan ahli-ahli yang berindentitikan keberanian, kesucian dan warisan bangsa.

 d.   Mempunyai 4 warna:
i.      Merah  -->  keberanian
ii.     Putih  -->  kesucian dan keikhlasan
iii.    Kuning  -->  lambang diraja
iv.    Hijau  -->  lambang agama Islam
e.   Keris melambangkan tamadun Melayu.
f.    kesemua lambang-lambang yang terdapat pada bendera UMNO mewakili kepentingan orang Melayu.
g.   Dasar Perjuangan UMNO
i.    menegakkan kedaulatan Raja-raja Melayu
ii.   menjaga kesucian agama Islam

Kesimpulan
1.   Penubuhan UMNO membawa perpaduan orang Melayu.
2.   Cerdik pandai orang Melayu dalam memimpin, membolehkan UMNO bergerak secara sistematik dan mengikut lunas-lunas perlembagaan.
3.   UMNO muncul sebagai sebuah parti politik yan penting, dan berjaya melahirkan identiti yang jelas dalam kalangan orang Melayu.
Tamat

1 comment:

  1. TQ.This information is very useful for me.

    ReplyDelete