Tuesday, March 15, 2011

Panduan Laksana Kerja Kursus Sejarah (Tambahan)


PANDUAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011 (tambahan)
(klik untuk muat turun)

Masih ramai yang belum dapat melaksanakan kerja kursus sebagaimana yang dikehendaki.  Di sini cikgu cuba berikan sedikit panduan yang mungkin dapat membantu.

Pertama     :     Tetapkan tajuk kajian [telah pun diperbincangkan dengan guru-guru sejarah anda]

Kedua        :     Mengenalpasti, mencari, mengumpul dan mendokumentasikan fakta-fakta sejarah daripada sumber-sumber yang ada kaitan dengan tajuk. [sumber-sumber ini mungkin berupa, buku rujukan, jurnal, akhbar, majalah, internet, orang sumber dan sebagainya]: Jika ini telah anda laksanakan bererti anda telah melengkapkan ELEMEN 1. [anda perlu memperolehi sekurang-kurangnya empat sumber yang berlainan jenis]

Ketiga        :     Pada peringkat ini, anda dikehendaki membuat analisa dan kajian daripada pelbagai sumber (ELEMEN 1) yang ada bagi menghasilkan kerja kursus.  Bidang kajian anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut, [diulang, semuanya diperolehi daripada sumber-sumber di elemen 1]: [Pada peringkat ini anda sedang melaksanakan ELEMEN 2]

Hasil Kajian
[perlu ada gambar, jadual, peta, rajah dan sebagainya sebagai bahan sokongan]

Sekurang-kurangnya mempunyai 4 sub topik
1  Institusi Pentadbiran Tempatan:
- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
- Lokasi
- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
- Carta organisasi dan senarai pentadbir

2  Latar Belakang:
- Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh / Pengasas)
- Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan
- Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir
- Cara pelantikan pentadbir tempatan

3    Peranan:
- Ekonomi
- Pendidikan
- Keagamaan
- Kemasyarakatan
- Kebudayaan
- Perayaan
- Pelancongan
- Kebajikan
(Pilih mana-mana empat aspek)

4  Perkembangan:
- Sumber kewangan
- Pembangunan prasarana / Fizikal
- Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
- Kemajuan yang dicapai
- Pengiktirafan / Penghargaan
- Cabaran yang dihadapi
- Perancangan masa hadapan
- Saranan dan harapan
(Pilih mana-mana empat aspek)

                  :     Dalam pada itu, diingatkan bahawa anda perlu menyiapkan beberapa aspek sebelum anda boleh mentakrifkan bahawa anda telah menyiapkan tugasan bagi elemen 2.  Lihat aspek berikut,


Tajuk Kajian
Tuliskan Nama Institusi pentadbiran tempatan yang dikaji

Senarai Kandungan
Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib. [mengandungi 9 perkara]

Penghargaan
Penghargaan kepada pihak yang telah membantu pelaksanaan kerja kursus. [perlu tuliskan nama lengkap]

Objektif Kajian
Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan / iktibar / pengalaman kajian. [sekurang-kurangnya tiga objektif]

Kaedah Kajian
Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja. [sekurang-kurangnya tiga kaedah]

Rumusan
Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini.
Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara. [sekurang-kurangnya tiga unsur patriotisme]
Lampiran
Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang berkaitan.
Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yang disertakan.
Rujukan
Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul. [masukan semua sumber yang anda perolehi dalam elemen 1]

Keempat    :     Menulis esai tidak kurang 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme. Sekurang-kurangnya empat unsur patriotisme .[Pada peringkat  ini anda sedang menyiapkan tugasan anda pada ELEMEN 3]


Sekian, semoga anda mendapat sedikit manfaat daripadanya.

Monday, March 14, 2011

Latihan SOLAR 3 JPNPK Bab 3 Ting 3

Tajuk : Parti Komunis Malaya dan Darurat : Sila muat turun SOLAR 3
[Sila bawa pada 16.3.2011 (Rabu) bersama buku teks]

Sunday, March 13, 2011

Program Latihan Masa Cuti (PLMC) Mac 2011

Cikgu lampirkan latihan PLMC. Sila rujuk buku teks untuk menjawab: Jawab secara ringkas sahaja.
1.  Tingkatan 3 : Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita  :  Soalan Struktur :  Latihan 1.
2.  Tingkatan 3 : Bab 2 Malayan Union dan PTM : Struktur & Objektif :  Latihan 2
3.  Tingkatan 2 : Bab 1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British :  Latihan 1

Saturday, March 12, 2011

Friday, March 11, 2011

Penghantaran Buku Latihan - Semakan Berpusat

2 Annur, 3 Annur, dan  3 Anggerik sila hantar buku latihan sejarah, esok (12.3.2011 - Sabtu) untuk semakan di atas.  Pastikan ketua kelas mengumpul dan mengikat buku-buku tersebut dan serahkan ke pejabat se awal pagi. Terima kasih.

Wednesday, March 9, 2011

Monday, March 7, 2011

Selamat Menduduki Ujian Rasmi 1 (8-11 Mac 2011)

Kepada semua, cikgu mengucapkan selamat 'berujian'. Beri tumpuan penuh kepada soalan, baca, faham dan buat sebaik mungkin.  Ingat, semua ujian dan penilaian peringkat sekolah adalah penting, untuk menguji dan mengukur sejauhmana kita telah memperolehi kemahiran yang perlu bagi setiap mata pelajaran. Selamat berjaya.