Thursday, February 2, 2012

Bab 1 Tingkatan 3 : Pendudukan Jepun

Anda boleh muat turun fail .PPT di atas untuk ulangkaji di sini

Bab 2 Tingkatan 1 : Zaman Prasejarah

Nota latihan dan ulangkaji pelajaran tingkatan 1.  Fail di atas dalam format .PPT, anda boleh muat turun di sini.

Saturday, January 21, 2012

Bab 1 Tingkatan 1 : Sejarah dan Kita

Nota ini cikgu hasilkan dalam format .PPT.  Anda boleh muat turun Bab 1: Sejarah dan Kita

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR 2011 - TAHNIAH KEPADA SEMUA

Cikgu mengucapkan TAHNIAH kepada calon-calon PMR 2011, yang menerima keputusan pada hari ini : 22.12.2011.  Pada yang CEMERLANG 9A/8A bersyukurlah kepada ILAHI, kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.  INSSAALLAH, jika anda terus berusaha, SPM pastikan bertemu JAYAnya.  TERUSNYA PERJUANGAN ANDA.  

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT BER 'EIDUL ADHA'

Cikgu mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT EIDUL ADHA.  Semoga ketibaan Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai HARI RAYA QURBAN, akan memberikan lebih KEINSAFAN kepada diri kita sebagai insan kerdil yang diizinkan ALLAH untuk MENUMPANG di bumi ini.  Jauhkan sikap bangga dan besar diri,  CARILAH APA KESALAHAN dan KEKURANGAN DIRI, jangan hanya menuding kepada orang lain.  tidak salah jika sekadar BERPESAN-PESAN kepada KEBENARAN dan KEBAIKAN bersama.  Hidup di dunia ini hanya SEMENTARA,  Tiba masalah PERGILAH JUA.  KORBANLAH kepentingan dunia semata, demi KEBAHGIAAN MUTLAK DI AKHIRAT.  Hidup kita inipun hanyalah sekadar IHSAN ALLAH semata-mata.  Tidak salah untuk bersenang dan bersuka-suka di dunia ini, tetapi sentiasa INGAT, ada had dan kadarnya.

Wednesday, October 26, 2011

Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran 2012

Semua murid Tingkatan 1 dan 2, SMK Felda Besout akan memulakan pengajaran dan pembelajaran tingkatan 2 dan 3, mulai 31 Oktober 2011.   Mohon hadir sepertia  biasa, dengan membawa buku teks  yang telah dibekalkan.  Gunakan jadual waktu sedia ada.  Guru-guru akan mendedahkan sukatan pelajaran bagi sesi 2012, dan seterusnya memulakan P&P.  Semoga masa 2 minggu sebelum bercuti akan digunakan sebaik mungkin.  SELAMAT BELAJAR.

Wednesday, October 5, 2011

SEJARAH PMR 2011

Khamis : 6.10.2011 : 2.30-3.45 petang.
Jawab sebaik mungkin, gunakan masa 1 jam 15 minit sepenuhnya.
Ingat pembahagian soalan:
a)  Tingkatan 1 : soalan 1-15 (15 soalan)
b)  Tngkatan 2 :  soalan 16-35 (20 soalan)
c)  Tingkatan 3 : soalan 36-60 (25 soalan)
Anggaran jumlah soalan mengikut tahap/aras:
a)  Aras 1 (rendah) - 30 soalan  (fakta dan pengetahuan)
b)  Aras 2 (sederhana) - 18 soalan (pemahaman sejarah)
c)  Aras 3 (tinggi) - 12 soalan (soalan berkaitan dengan nilai, iktibar, pengajaran, peribahasa dan 
      sebagainya)
Soalan selalunya ditanya mengikut bab (susunan bab-bab 1 hingga akhir bagi setiap tingkatan)
a)  Tingkatan satu mempunyai 11 bab.
b)  Tingkatan dua mempunyai 8 bab.
c)  Tingkatan tiga mempunyai 7 bab.
Jangan panik, jika tidak dapat menjawab mana-mana soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.  Setelah selesai semua soalan, ulang pada soalan-soalan yang tidak dapat dijawab tadi.
SELAMAT BERJAYA.