Friday, March 11, 2011

Penghantaran Buku Latihan - Semakan Berpusat

2 Annur, 3 Annur, dan  3 Anggerik sila hantar buku latihan sejarah, esok (12.3.2011 - Sabtu) untuk semakan di atas.  Pastikan ketua kelas mengumpul dan mengikat buku-buku tersebut dan serahkan ke pejabat se awal pagi. Terima kasih.

Wednesday, March 9, 2011

Monday, March 7, 2011

Selamat Menduduki Ujian Rasmi 1 (8-11 Mac 2011)

Kepada semua, cikgu mengucapkan selamat 'berujian'. Beri tumpuan penuh kepada soalan, baca, faham dan buat sebaik mungkin.  Ingat, semua ujian dan penilaian peringkat sekolah adalah penting, untuk menguji dan mengukur sejauhmana kita telah memperolehi kemahiran yang perlu bagi setiap mata pelajaran. Selamat berjaya.

Wednesday, March 2, 2011

3 ANNUR dan 3 ANGGERIK - LATIHAN PRA UJIAN 1

Cikgu sertakan 22 soalan objektif untuk Latihan Pra Ujian 1 bagi Bab 1 dan 2, Tingkatan 3, sila muat turun.

3 ANNUR dan 3 ANGGERIK - PESANAN PENTING

Maaf , esok (3.3.2011 - Khamis) cikgu ada seminar integriti, mohon ulangkaji bab 1 dan bab 2 untuk Ujian Rasmi 1 minggu hadapan.  Mohon jangan bising, jika ada guru ganti, teruskan ulangkaji anda.  Selamat berjaya.  Tapi jangan lupa serahkan fail folio untuk semakan bagi elemen 1 pada hari 8.3.2011 - Selasa.

Tuesday, March 1, 2011

Ujian Rasmi 1 : 7 -11 Mac 2011 : Skop kandungan soalan

1.  Skop kandungan soalan: 
     *   Tingkatan 3 Anggerik dan 3 Annur : sila ulangkaji Bab 1 (pendudukan Jepun) dan Bab 2
          (Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu)
     *   Tingkatan 2 Annur : Bab 1 (Kedududkan strategik mendorong penguasaan British) dan
          Bab 2 (Kekayaan hasil bumi mendorong campur tangan British)

2.  Masa : 1 jam 15 minit
3.  Sila buat ulangkaji  dan selamat berjaya.

Video Ulangkaji : Ting 3 Bab 3 - PKM dan DARURAT 2

Tajuk - langkah kerajaan membenteras komunis:

B3T3: PKM dan DARURAT 2 [Darurat dan Rancangan Briggs]