Aspek Perbezaan | Malayan Union | Persekutuan Tanah Melayu |
Ketua pentadbiran | Gabenor British | Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-raja Melayu |
Kuasa di peringkat pusat | Parlimen British | Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, Majlis Raja-raja Melayu |
Kuasa di peringkat negeri | Pesuruhjaya Negeri-negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri | Sultan, Menteri Besar, dan Majlis Mesyuarat Negeri |
Ketua agama dan adat istiadat Melayu | Gabenor British | Sultan negeri |
Bahasa pentadbiran | Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Saturday, February 5, 2011
Nota Pembelajaran 2, Bab 2 Ting. 3
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) 1948
Empat aspek yang perlu diberikan perhatian:
1. Rundingan ke arah penggubalan Perlembagaan PTM
2. Sebab-sebab pembantukan PTM
3. Ciri-ciri Perlembagaan PTM
4. Membanding-bezakan ciri-ciri perlembagaan MU dan PTM
Pendahuluan:
1. PTM telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948, bagi menggantikan Malayan Union.
2. Penubuhan PTM merupakan kejayaan penting kepada orang Melayu kerana mendapat semula kedudukan politik dan maruah diri.
Langkah-langkah ke arah penubuhan PTM
1. Rundingan awal antara British dan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada bulan Mei 1946 dan rundingan British dan UMNOI di Pulau Pinang pada Jun 1946.
2. British akhirnya terpaksa mengadakan Rundingan rasmi antara dengan Raja-raja Melayu dan UMNO.
3. Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif pada 25 Julai 1946. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Pegawai Kanan British, wakil Raja-raja dan wakil UMNO.
4. Perbincangan diadakan beberapa kali di King House, Kuala Lumpur.
5. Beberapa tuntutan oleh UMNO
a. Menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
b. Menubuhkan sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
c. Menolak kerakyatan ‘Jus Soli’
d. Taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan.
e. Raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.
Sebab British bersetuju membentuk PTM
1. British tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan.
2. British ingin menjalankan dasar ‘dekolonisasi’ yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
3. British tidak mahu Parti Komunis Malaya (PKM) mempengaruhi orang Melayu.
4. Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British.
5. Sikap pemimpin UMNO yang sentiasa berunding bagi menyelesaikan sesuatu isu.
Ciri-ciri Perjanjian PTM
1. Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan.
2. Majlis Raja-raja Melayu menggantikan Majlis Melayu.
3. Orang Melayu diberikan perlindungan istimewa dan diletakkan di bawah kuasa Pesurruhjaya Tinggi British.
4. Syarat kerakyatan diperketatkan.
5. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri kecuali Singapura.
6. Pesuruhjaya Tinggi menjadi Ketua Persekutuan, dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
Perbezaan pentadbiran Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
TAMAT
Wednesday, February 2, 2011
Nota Pembelajaran 1, Bab 2 Tingkatan 3
PENUBUHAN UMNO 1946
Dalam mengkaji tajuk di atas, pelajar harus meneliti aspek-aspek berikut:
1. Peristiwa yang membawa kepada penubuhan UMNO.
2. Peranan tokoh-tokoh dalam jawatankuasa yang menggubal perlembangaan UMNO.
3. Usaha-usaha UMNO dalam penyatuan orang Melayu.
4. Mentafsir lambang-lambang dan bendera UMNO.
Pendahuluan:
1. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, hasil keputusan Kongres Melayu 1946, bertempat di Istana Besar, Johor Bahru.
2. Penubuhannya disokong oleh 29 buah persatuan.
3. Presiden pertamnya ialah Dato’ Onn bin Jaafar.
Tujuan Penubuhan
1. Berubah mengikut masa dan keperluan parti.
Tujuan 1946 | a. menentang Malayan Union b. Menyatukan orang Melayu c. Mengadakan satu organisasi nasional |
Tujuan 1949 | a. Menjadi sebuah parti politik (siasah) b. mendirikan kerajaan yang merdeka c. memajukan negara dalam perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan ikhtisas orang Melayu. |
2. Secara umumnya tujuan penubuhan UMNO ialah:
a. Menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu.
b. menjana pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu.
c. menjaga kedaulatan negara.
Perjuangan Tokoh-Tokoh UMNO
1. Tokoh-tokoh ini terlibat secara langsung dalam penggubalan perlembagaan UMNO
a | Dato’ Onn bin Jaafar |
b | Dato’ Panglima Bukit Gantang |
c | Dato’ Nik Ahmed Kamil |
d | Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) |
Perjuangan dan Perkembangan UMNO
1. Perjuangan UMNO
a. Menyatupadukan orang Melayu
b. Menumbangkan Malayan Union
c. Menghapuskan sifat kenegerian dan kedaerahan orang-orang Melayu
d. Mewujudkan sebuah parti politik bersifat kebangsaan
e. Memperjuangkan ketuanan Melayu
f. Memajukan pendidikan orang Melayu
g. Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu
2. Piagam UMNO 1946
a. Sebagai alat perpaduan untuk UMNO beroperasi
b. merupakan perlembagaan UMNO pertama
c. pada 24.4.1948, UMNO menjadi parti politik.
d. Perlembagaan UMNO pertama diluluskan pada tahun 1949.
3. Logo UMNO
a. Mengandungi beberapa perkataan dalam tulisan jawi (pa, kap, mim, ba, ra) atau PEKEMBAR
4. Slogan UMNO
a. ‘HIDUP MELAYU’ --> bertujuan menyatukan ahli-ahli UMNO
(orang Melayu disaran memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, supaya tanah air dan bangsa terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang boleh menyebabkan kebinasaan dan kehapusan bangsa)
b. Pada Mac 1950 slogan UMNO bertukar kepada ‘MERDEKA’ (Cadangan Syeikh Gharied Raub – pemuda UMNO Batu Pahat)
5. Bendera UMNO
a. pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak
b. Cadangan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
c. Dikibarkan pertama kali di Mesyuarat Agong UMNO ke tiga di Pulau Pinang pada 27 Julai 1947.
c. Bendera UMNO merupakan lambang perpaduan ahli-ahli yang berindentitikan keberanian, kesucian dan warisan bangsa.
d. Mempunyai 4 warna:
i. Merah --> keberanian
ii. Putih --> kesucian dan keikhlasan
iii. Kuning --> lambang diraja
iv. Hijau --> lambang agama Islam
e. Keris melambangkan tamadun Melayu.
f. kesemua lambang-lambang yang terdapat pada bendera UMNO mewakili kepentingan orang Melayu.
g. Dasar Perjuangan UMNO
i. menegakkan kedaulatan Raja-raja Melayu
ii. menjaga kesucian agama Islam
Kesimpulan
1. Penubuhan UMNO membawa perpaduan orang Melayu.
2. Cerdik pandai orang Melayu dalam memimpin, membolehkan UMNO bergerak secara sistematik dan mengikut lunas-lunas perlembagaan.
3. UMNO muncul sebagai sebuah parti politik yan penting, dan berjaya melahirkan identiti yang jelas dalam kalangan orang Melayu.
Tamat
Tuesday, February 1, 2011
Tajuk Kerja Kursus Sejarah 2011
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011
Sejarah 21/2
Sejarah 21/2
SEJARAH KERJA KURSUS Kertas 2
1. Kertas ini mengandungi dua tugasan.
2. Tugasan 1(a) untuk Elemen 1, Tugasan 1(b) untuk Elemen 2 dan Tugasan 2 untuk
Elemen 3.
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.
2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2011 berpandukan senarai semak.
3. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.
4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4.
5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah.
6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.
7. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.
8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan.
10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer.
Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2.0.
11. Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.
12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.
14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.
15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2011.
TUGASAN 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:
(i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)*
(ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah*
(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*
(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*
(* Rujuk Lampiran)
(b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:
ASPEK | PERINCIAN |
Tajuk Kajian | Institusi pentadbiran tempatan. |
Senarai Kandungan | Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib. |
Penghargaan | Penghargaan kepada pihak yang telah membantu pelaksanaan kerja kursus. |
Objektif Kajian | Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan / iktibar / pengalaman kajian. |
Kaedah Kajian | Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja. |
Hasil Kajian | 1 Institusi Pentadbiran Tempatan: - Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain - Lokasi - Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan - Carta organisasi dan senarai pentadbir 2 Latar Belakang: - Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh / Pengasas) - Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan - Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir - Cara pelantikan pentadbir tempatan |
3 Peranan: - Ekonomi - Pendidikan - Keagamaan - Kemasyarakatan - Kebudayaan - Perayaan - Pelancongan - Kebajikan (Pilih mana-mana empat aspek) 4 Perkembangan: - Sumber kewangan - Pembangunan prasarana / Fizikal - Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan - Kemajuan yang dicapai - Pengiktirafan / Penghargaan - Cabaran yang dihadapi - Perancangan masa hadapan - Saranan dan harapan (Pilih mana-mana empat aspek) | |
Rumusan | Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini. Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara. |
Lampiran | Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang berkaitan. Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yang disertakan. |
Rujukan | Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul. |
TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?
LAMPIRAN
Senarai berikut adalah contoh pentadbiran tempatan. Kajian boleh dibuat terhadap pentadbiran tempatan lain yang berkaitan dengan tajuk tugasan.
(a) Pihak Berkuasa Tempatan:
- Dewan Bandaraya
- Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Bahagian
- Jajahan / Residensi
- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil
- Majlis Daerah Luar Bandar
(b) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah:
- FELDA
- FELCRA / Rancangan Kemajuan Tanah Pinggir
- Petempatan KEDA
- KEJORA
- DARA
- KETENGAH
- KESEDAR
(c) Pentadbiran Komuniti Setempat:
- Mukim
- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Orang Asli
- Taman / Kawasan Perumahan / Persatuan Penduduk
- Rumah Panjang
- Ladang / Estet
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
|
TUGASAN TAMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)




