KOD | JUMLAH UP | UNSUR PATRIOTISME | UP1-5 |
4 | Mengandungi 4 unsur patriotisme | Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia | UP1 |
a menghormati raja dan pemimpin negara | |||
b menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara | |||
c menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara) | |||
d menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara | |||
e menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa | |||
f berbangga dengan sejarah negara | |||
3 | Mengandungi 3 unsur patriotisme | Bersemangat Setia Negara | UP2 |
a cinta akan bangsa dan negara | |||
b taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara | |||
c sedia berkorban untuk bangsa dan negara | |||
d bertanggungjawab kepada bangsa dan negara | |||
e berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara | |||
f peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara | |||
g bersyukur sebagai warganegara Malaysia | |||
2 | Mengandungi 2 unsur patriotisme | Bersemangat Kekitaan | UP 3 |
a bersatu padu dan berharmoni | |||
b bertolak ansur dan bertoleransi | |||
c bekerjasama dan tolong-menolong | |||
d hormat-menghormati | |||
e bersefahaman dan bermuafakat | |||
f muhibah atau semangat bermasyarakat | |||
1 | Mengandungi 1 unsur patriotisme | Berdisiplin | UP 4 |
a berakhlak dan berbudi pekerti mulia | |||
b mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara | |||
b mematuhi peraturan dan undang-undang | |||
c berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi | |||
d bertindak wajar | |||
e bersifat amanah dan jujur | |||
f berlaku adil dan bertimbang rasa | |||
Lain-lain unsur patriotisme | Berusaha dan Produktif | UP 5 | |
a rajin dan gigih | |||
b berdikari | |||
c tabah menghadapi cabaran | |||
d menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan | |||
e berganding bahu membangunkan negara | |||
f berilmu dan berketrampilan |
Sunday, March 20, 2011
Panduan Menulis Esei Kerja Kursus Sejarah
PANDUAN PENULISAN ESEI KERJA KURSUS SEJARAH
[Untuk dapat kan panduan sila muat turun]
Tajuk : Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?
Kunci Kata : a. Institusi pentadbiran tempatan (institusi yang anda kaji - Pihak Berkuasa Tempatan, Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah dan Pentadbiran Komuniti Setempat)
b. Memperkukuhkan integrasi nasional
Integrasi : Penggabungan atau pergabungan dua beberapa kaum menjadi satu kesatuan.
Integrasi Nasional : Pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk agar mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, bebas, merdeka dan cemerlang, berakhlak mulia dan utuh, toleren dan berdaya saing.
Pastikan esei anda mempunyai sekurang-kurangnya 4 unsur patriotisme yang terdapat dalam jadual berikut:
Contoh bagaimana unsur-unsur di atas dimasukkan ke dalam esei.
“ Institusi pentadbiran tempatan seperti Majlis Daerah, dapat memperkukuhkan perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dengan mewujudkan masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa (UP3), menerusi penglibatan semua kaum, contohnya melalui program gotong royong membersihkan taman. Kesanggupan dan penglibatan masyarakat dalam melaksana dan merealisasikan program tersebut, menunjukkan kesediaan dan kerelaan mereka untuk berkorban masa dan tenaga (UP3) demi kebersihan taman dan negara tercinta. Dalam menjayakan program di atas juga , akan terjelmalah semangat saling berkerjasama dan bersefahaman (UP2) ketika melaksanakan aktiviti”.
[perkataan yang di’bold’kan menunjukkan bagaimana unsur patriotisme dimasukkan dalam esei]
Tuesday, March 15, 2011
Panduan Laksana Kerja Kursus Sejarah (Tambahan)
PANDUAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011 (tambahan)
(klik untuk muat turun)
Masih ramai yang belum dapat melaksanakan kerja kursus sebagaimana yang dikehendaki. Di sini cikgu cuba berikan sedikit panduan yang mungkin dapat membantu.
Pertama : Tetapkan tajuk kajian [telah pun diperbincangkan dengan guru-guru sejarah anda]
Kedua : Mengenalpasti, mencari, mengumpul dan mendokumentasikan fakta-fakta sejarah daripada sumber-sumber yang ada kaitan dengan tajuk. [sumber-sumber ini mungkin berupa, buku rujukan, jurnal, akhbar, majalah, internet, orang sumber dan sebagainya]: Jika ini telah anda laksanakan bererti anda telah melengkapkan ELEMEN 1. [anda perlu memperolehi sekurang-kurangnya empat sumber yang berlainan jenis]
Ketiga : Pada peringkat ini, anda dikehendaki membuat analisa dan kajian daripada pelbagai sumber (ELEMEN 1) yang ada bagi menghasilkan kerja kursus. Bidang kajian anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut, [diulang, semuanya diperolehi daripada sumber-sumber di elemen 1]: [Pada peringkat ini anda sedang melaksanakan ELEMEN 2]
Hasil Kajian [perlu ada gambar, jadual, peta, rajah dan sebagainya sebagai bahan sokongan] Sekurang-kurangnya mempunyai 4 sub topik | 1 Institusi Pentadbiran Tempatan: - Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain - Lokasi - Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan - Carta organisasi dan senarai pentadbir 2 Latar Belakang: - Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh / Pengasas) - Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan - Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir - Cara pelantikan pentadbir tempatan 3 Peranan: - Ekonomi - Pendidikan - Keagamaan - Kemasyarakatan - Kebudayaan - Perayaan - Pelancongan - Kebajikan (Pilih mana-mana empat aspek) 4 Perkembangan: - Sumber kewangan - Pembangunan prasarana / Fizikal - Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan - Kemajuan yang dicapai - Pengiktirafan / Penghargaan - Cabaran yang dihadapi - Perancangan masa hadapan - Saranan dan harapan (Pilih mana-mana empat aspek) |
: Dalam pada itu, diingatkan bahawa anda perlu menyiapkan beberapa aspek sebelum anda boleh mentakrifkan bahawa anda telah menyiapkan tugasan bagi elemen 2. Lihat aspek berikut,
Tajuk Kajian | Tuliskan Nama Institusi pentadbiran tempatan yang dikaji | |
Senarai Kandungan | Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib. [mengandungi 9 perkara] | |
Penghargaan | Penghargaan kepada pihak yang telah membantu pelaksanaan kerja kursus. [perlu tuliskan nama lengkap] | |
Objektif Kajian | Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan / iktibar / pengalaman kajian. [sekurang-kurangnya tiga objektif] | |
Kaedah Kajian | Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja. [sekurang-kurangnya tiga kaedah] | |
Rumusan | Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini. Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara. [sekurang-kurangnya tiga unsur patriotisme] | |
Lampiran | Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang berkaitan. Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yang disertakan. | |
Rujukan | Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul. [masukan semua sumber yang anda perolehi dalam elemen 1] | |
Keempat : Menulis esai tidak kurang 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme. Sekurang-kurangnya empat unsur patriotisme .[Pada peringkat ini anda sedang menyiapkan tugasan anda pada ELEMEN 3]
Sekian, semoga anda mendapat sedikit manfaat daripadanya.
Monday, March 14, 2011
Latihan SOLAR 3 JPNPK Bab 3 Ting 3
Tajuk : Parti Komunis Malaya dan Darurat : Sila muat turun SOLAR 3
[Sila bawa pada 16.3.2011 (Rabu) bersama buku teks]
[Sila bawa pada 16.3.2011 (Rabu) bersama buku teks]
Sunday, March 13, 2011
Program Latihan Masa Cuti (PLMC) Mac 2011
Cikgu lampirkan latihan PLMC. Sila rujuk buku teks untuk menjawab: Jawab secara ringkas sahaja.
1. Tingkatan 3 : Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita : Soalan Struktur : Latihan 1.
2. Tingkatan 3 : Bab 2 Malayan Union dan PTM : Struktur & Objektif : Latihan 2
3. Tingkatan 2 : Bab 1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British : Latihan 1
1. Tingkatan 3 : Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita : Soalan Struktur : Latihan 1.
2. Tingkatan 3 : Bab 2 Malayan Union dan PTM : Struktur & Objektif : Latihan 2
3. Tingkatan 2 : Bab 1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British : Latihan 1
Saturday, March 12, 2011
Video Ulangkaji 7 : Ting 3 Bab 3 : Perang Saraf dan Rundingan Baling
Tajuk: Langkah Kerajaan Membenteras Ancaman Komunis
Subscribe to:
Posts (Atom)


