MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SMK SUNGKAI
Majlis
Anugerah Kecemelangan Akademik merupakan acara utama, penting lagi bermakna bagi
semua sekolah, dan dilaksanakan saban tahun. SMK Sungkai juga telah berjaya melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik atau lebih dikenali dengan singkatan MAKA 2017 pada tanggal 28 April
2017 bersamaan hari Jumaat. Majlis ini
bermula tepat jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Tarikh tersebut juga diambil sebagai cuti
peristiwa sekolah.
Rasional
majlis ini dilaksanakan kerana telah menjadi sifat semulajadi manusia yang
sukakan pujian dan sanjungan sebagai eleman yang dapat mempertingkatkan
kecemerlangan diri. Menyedari hakikat
inilah, setiap tahun sekolah akan mengadakan majlis penganugerahan sebagai
tanda penghargaan dan terima kasih kepada kalangan individu pelajar, ibu bapa,
masyarakat dan badan-badan serta institusi-institusi yang terlibat dalam
membantu dalam perkembangan dan kecemerlangan akademik sekolah ini.
Majlis
ini dilaksanakan bermatlamat bagi merai dan menghargai kalangan pelajar yang cemerlang
dalam bidang akademik. Selain itu majlis turut
memberikan penghargaan kepada guru-guru, ibubapa, individu, badan-badan dan
institusi-institusi yang banyak membantu ke arah kecemerlangan akademik sekolah
ini.
Antara
objektif majlis diadakan adalah untuk,
- Memberikan anugerah kepada
pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.
- Mewujudkan
budaya saing yang sihat dalam kalangan pelajar di bidang bidang akademik.
- Menggalakkan
pelajar-pelajar supaya sentiasa bersedia dan berusaha untuk maju dalam bidang
akademik.
- Menjadi
peransang kepada ibu bapa supaya sentiasa mendorong dan mempastikan anak-anak
supaya sentiasa berminat dan maju dalam pendidikan.
- Meningkatkan
kecemerlangan dalam peperiksaan awam dari segi kuantiti dan kualiti bagi
tahun-tahun mendatang.
- Setiap panitia sentiasa berusaha
meningkatkan kecemerlangan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Kebiasaannya
ada kalangan pelajar turut dilibatkan bersama menganggotai jawatankuasa kerja,
seperti pengawas dan pengakap. Ada juga
terlibat sebagai penyambut tetamu, terlibat dalam acara persembahan dan
sebagainya. Penglibatan begini dapat
memberikan didikan kemahiran dan latihan bagaimana sesebuah acara atau majlis diurus dan
dikendalikan. Selain itu, penglibatan
mereka secara langsung dapat membentuk sikap berani dan bersedia menghadapi orang ramai, lebih-lebih lagi tetamu kenamaan.
Bagi melaksanakan majlis sebegini
sudah semesatinya memerlukan dana yang agak besar.
Sumbangan utama tentulah datangnya daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah. Selain itu derma juga daripada
kalangan guru-guru dan sumbangan luar seperti ibu bapa, institusi-institusi dan
syarikat-syarikat yang ada hubungan langsung dengan sekolah.
Menjadi
harapan tinggi agar,
- Majlis seperti ini akan menjadi
galakan dan dorongan agar semua pihak untuk terus memberikan tumpuan, sokongan
dan komitmen ke arah kecemerlangan akademik sekolah ini secara berterusan.
- Semoga
kecemerlangan pendidikan khususnya dalam bidang akademik akan menjadi matlamat
utama semua pihak khususnya kalangan ibubapa serta dapat pula melahirkan lebih
ramai cerdik pandai dalam kalangan anak-anak di masa akan datang.
- Harapan agar lebih ramai lagi khususnya
kalangan ibubapa, komuniti, bahan-badan dan institusi-institusi sekitar turut
sama memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini dengan memberikan
sumbangan dan bantuan berupa wang ringgit atau barangan bagi menaja mana-mana
kategori yang difikirkan sesuai.