Friday, April 29, 2011

Latihan Kendiri Set 2: Pra PPT Tingkatan 3, 2011

Sila muat turun Latihan Kendiri Set 2: Pra PPT Ting 3, untuk latihan.  Pastikan anda telah membuat latihan Kendiri Set 1.  Jawapan set 1 akan diberikan untuk tujuan semakan anda. Terima kasih.

Wednesday, April 27, 2011

Latihan 1 Pra PPT Tingkatan 2, 2011

Latihan 1 Pra PPT Tingkatan 2, 2011 : merangkumi semua bab tingkatan 1 dan 4 bab tingkatan 2, untuk latihan sila muat turun.

Sunday, April 24, 2011

Latihan Kendiri Set 1: Pra PPT Tingkatan 3, 2011

Cakupan kandungan sukatan pelajaran:
1.  Sukatan tingkatan 1 : 11 bab
2.  Sukatan tingkatan 2 : 8 bab
3.  Sukatan  tingkatan 3 : hingga bab 5
Untuk latihan: Sila muat turun Latihan Kendiri Set 1: Pra PPT T3, 2011

Program ASAK MINDA PMR 2011

Dapatan dan Ulasan Program ASAK MINDA PMR 2011

Program ASAK MINDA:
1.    Program ini melibatkan 40 murid yang terpilih, iaitu kalangan murid kelas 3 Annur dan murid STF 2011.
2.    Program ini akan dilaksanakan dalam 3 Fasa:  Fasa Pertama: April 2011 (sebelum PPT), Fasa Kedua : Julai 2011 (Sebelum PP PMR) dan Fasa Ketiga : September 2011(sebelum PMR).
3.    Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris  dan Sejarah, seterusnya mencapai sasaran ‘A’ dalam PMR 2011.

Perjalanan Program Fasa Pertama:
1.    Fasa pertama program ini telah dilaksanakan pada 24.4.2011 (AHAD), mulai jam 8.00 pagi. 
2.    4 mata pelajaran, iaitu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
3.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (lebih kurang 9 atau 10 orang- sepatutnya) dalam 2 sesi pembelajaran.  Masa setiap sesi adalah selama 2 ½ jam.

Ketidak hadiran:
1.    Kelas 3 Annur: kehadiran :  16/27 : 11 tidak hadir tanpa berita.
2.    Kelas 3 Anggerik: Kehadiran : 11/12 : seorang tidak hadir.
3.    Kelas 3 Cempaka: Kehadiran : 0/1

Komitmen:
1.    Masih terdapat kalangan murid dalam kumpulan gagal memberikan perhatian kepada aktiviti program. 

Ulasan dan harapan:
1.    Bilangan murid gagal hadir ke program ini amatlah tinggi.  Khusunya kalangan murid kelas 3 Annur.  Kelas pertama di sekolah ini.  Dengan harapan menggunung diberikan untuk mencatatkan kejayaan pada PMR 2011.  Tanggapan awal yang dapat dibuat, minat murid terhadap program-program pendidikan (percuma) amat rendah.  Masih menebal sikap tidak kisah dan tidak sanggup berkorban demi kejayaan diri.

2.    Gagal memberikan focus terhadap pembelajaran/perbincangan secara menyeluruh.  Sepatutnya, anda mestilah mengambil kesempatan yang diberikan ini untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, dengan melibatkan diri dalam aktiviti secara total.  Sementelahan anda telah hadir, berilah sepenuhnya perhatian kepada perjalanan program.  Jika tidak, anda hanya membuang masa daripada memperolehi kemahiran.

3.    Kajian semula akan dibuat untuk memilih murid yang benar-benar berminat dan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti  program.  Selaras dengan focus dan matlamat sekolah iaitu ‘menjana kecemerlangan’.

4.    Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang prihatin kepada kepentingan pembelajaran untuk anak-anak.  Walau pun hari Minggu masih dapat menghantar anak-anak untuk program ini,  Terima kasih daun keladi.   Kepada murid yang hadir dan telah memberikan komitmen yang tinggi, teruskan usaha anda, semoga anda cemerlang dalam PMR nanti.
 

Saturday, April 23, 2011

Latihan Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Latihan Struktur  :  sila muat turun.  Pastikan anda membuatnya dengan sebaik mungkin.

Friday, April 15, 2011

Latihan Bab 4 : Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan

* 3 Annur dan 3 Anggerik :  Latihan Bab 4 - (Bahagian B) : sila muat turun
* 3 Anggerik sila muat turun juga latihan Bab 4 (Bahagian A) yang telah cikgu berikan sebelum ini.

Wednesday, April 13, 2011

Peperiksaan Selaras PPT 2011

 JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SELARAS TINGKATAN 3
PERINGKAT NEGERI PERAK 2011

HARI/TARIKH
SUBJEK
WAKTU
MASA
JUMAAT
6.5.2011
Bahasa Melayu 1
08.00 – 09.00
1 jam
Bahasa Melayu 2
10.00 – 12.00
2 jam
ISNIN
9.5.2011
Bahasa Inggeris 1
08.00 – 09.00
1 jam
Bahasa Inggeris 2
09.30 – 11.00
1 jam 30 minit
Pend. Islam/
B.Cina 2/B.Tamil 2
11.15 – 01.15
2 jam
SELASA
10.5.2011
Sejarah
08.00 – 09.15
1 jam 15 minit
Science 1
09.35 – 10.35
1 jam
B.Cina 1/B.Tamil 1
11.00 – 12.00
1jam
Bahasa Arab
11.00 – 01.30
2 jam 30 minit
RABU
11.5.2011
Jadual akan diisi dengan subjek PJPK. PSK dan PSV
KHAMIS
12.5.2011
Science 2
08.00 – 09.30
1 jam 30 minit
Kem. Hidup Bersepadu
10.00 – 11.30
1 jam 30 minit
Geografi
12.00 – 01.15
1 jam 15 minit
JUMAAT
13.5.2011
Mathematics 2
08.00 – 09.45
1 jam 45 minit
Mathematics 1
10.15 – 11.30
1 jam 15 minit

Wednesday, April 6, 2011